Skip to content
In forceAs enacted
Contents

9. Penggantian seksyen 25

Feedback & support

Akta dipinda dengan menggantikan seksyen 25 dengan seksyen yang berikut:

s 25“Pengkompaunan kesalahan

Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai diberi kuasa yang diberi kuasa bagi maksud ini oleh Ketua Pengarah secara bertulis boleh, dengan keizinan secara bertulis Pendakwa Raya, pada bila-bila masa sebelum sesuatu pertuduhan dimulakan, mengkompaun mana-mana kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini yang telah ditetapkan oleh peraturan-peraturan sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang yang disyaki dengan munasabah telah melakukan kesalahan itu untuk mengkompaun kesalahan itu apabila dibayar kepada

Ketua Pengarah—

(a)

dalam hal seseorang itu merupakan seorang individu, suatu jumlah wang yang tidak melebihi sepuluh ribu ringgit; atau 473 473

(b)

dalam hal sesuatu pertubuhan perbadanan, suatu jumlah wang yang tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.”.

Pindaan seksyen 31 10.

Seksyen 31 Akta dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (2)

subseksyen yang berikut:

“(3) Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini boleh menetapkan apa-apa perbuatan yang melanggar peraturan-peraturan itu menjadi suatu kesalahan dan boleh menetapkan penalti denda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.”.

Dimasyhurkan di Istana Negara beta di Kuala Lumpur, Ibu Kota Persekutuan, pada dua puluh tiga hari bulan Februari, dua ribu dua puluh satu.

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum

Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah

Yang di-Pertuan Agong

[Akan dibentangkan di Parlimen menurut Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan

Persekutuan]

Emergency (Prevention and Control of Infectious Diseases)

(Amendment) Ordinance 2021

Report