Skip to content
In forceAs enacted
Contents

6. Bahagian baharu IVa

Feedback & support

Akta dipinda dengan memasukkan selepas Bahagian IV bahagian yang berikut:

“Bahagian IVa

PENGUATKUASAAN

Kesalahan boleh tangkap 21b. Tiap-tiap kesalahan yang boleh dihukum di bawah Akta ini adalah suatu kesalahan boleh tangkap.

471 471

Kuasa penyiasatan 21c.

Seseorang pegawai diberi kuasa hendaklah mempunyai segala kuasa yang perlu untuk menjalankan penyiasatan di bawah Akta ini mengikut Kanun

Tatacara Jenayah [Akta 593].

Kuasa untuk memberikan maklumat 21d.

Seseorang pegawai diberi kuasa boleh menghendaki mana-mana orang untuk memberikan apa-apa maklumat yang berhubungan dengan pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit.

Kuasa untuk menangkap 21e.  (1)  Seseorang pegawai diberi kuasa yang diberi kuasa oleh Menteri secara bertulis boleh menangkap mana-mana orang yang dia semunasabahnya percaya telah melakukan atau cuba untuk melakukan suatu kesalahan di bawah

Akta ini.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), Kanun Tatacara Jenayah hendaklah terpakai.”.

Report