Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 · As enacted
2. Pindaan seksyen 2
Feedback & supportOfficial textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342], yang disebut “Akta” dalam Ordinan ini, dipinda dalam seksyen 2—
dengan memotong takrif “inspektor kesihatan”;
dalam takrif “pegawai diberi kuasa”, dengan menggantikan perkataan
“mana-mana inspektor kesihatan, atau mana-mana pegawai” dengan perkataan “mana-mana Pegawai Kesihatan Persekitaran, atau mana-mana orang yang sesuai”; dan
dengan memasukkan selepas takrif “Pegawai Kesihatan” takrif yang berikut:
‘ “Pegawai Kesihatan Persekitaran” ertinya mana-mana Pegawai
Kesihatan Persekitaran dalam perkhidmatan Kerajaan atau mana-mana pihak berkuasa tempatan termasuk Penolong Pegawai Kesihatan
Persekitaran;’.