In forceAs enactedCurrent version · As enacted
Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 · As enacted
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Akta dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 15 seksyen yang berikut:
“Perintah bagi memakai peranti pengesanan 15a. (1) Seseorang pegawai diberi kuasa boleh memerintahkan supaya mana-mana orang yang dijangkiti atau yang dia mempunyai sebab untuk percaya telah dijangkiti, atau mana-mana kontak, untuk memakai apa-apa peranti pengesanan yang diberikan kepadanya.
Peranti pengesanan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah termasuk suatu gelang tangan atau apa-apa peranti yang diberikan oleh pegawai diberi kuasa.
Mana-mana orang yang memusnahkan, merosakkan, menghilangkan atau mengubah peranti pengesanan itu melakukan suatu kesalahan.”.