Malaysia legislation

Section 7

of PERATURAN-PERATURAN PILIHAN RAYA (PENDAFTARAN PEMILIH) 2002

Seksyen 7

Undang-Undang Malaysia 8

Jika dalam mana-mana tahun sebelum pemerakuan daftar pemilih induk atau daftar pemilih tambahan di bawah Peraturan-Peraturan ini, sempadan mana-mana bahagian pilihan raya Parlimen atau bahagian pilihan raya Negeri diubah oleh Suruhanjaya Pilihan

(a)

maka daftar pemilih induk yang terakhir diperakui atau daftar pemilih tambahan yang terakhir diperakui, bagi kawasan pendaftaran yang terkandung dalam bahagian pilihan raya itu, hendaklah terus sah sehingga pemerakuan berikutnya daftar pemilih induk atau daftar pemilih tambahan itu;

(b)

Ketua Pendaftar boleh—

(i)

membuat apa-apa pemindahan yang perlu akan butir-butir pemilih berdaftar dalam daftar pemilih induk atau daftar pemilih tambahan;

(ii)

membuat apa-apa perubahan lain kepada, atau memberikan apa-apa arahan berhubung dengan, daftar pemilih induk atau daftar pemilih tambahan yang difikirkannya perlu atau suai manfaat untuk melaksanakan perubahan itu; dan

(iii)

memberikan apa-apa perakuan selanjutnya dengan apa-apa syarat yang difikirkannya perlu atau suai manfaat.

WJW22/0142 P.U.(A) 293BM.indd 8 2/14/22 8:23 AM

Peraturan-Peraturan Pilihan Raya

(Pendaftaran Pemilih)

9

Penggunaan daftar pemilih induk atau daftar pemilih tambahan berkenaan dengan persempadanan baharu bahagian-bahagian pilihan raya bagi pilihan raya kecil bagi Parlimen atau Dewan

Undangan Negeri yang belum dibubarkan

Section 7 — PERATURAN-PERATURAN PILIHAN RAYA (PENDAFTARAN PEMILIH) 2002