Malaysia legislation
Section 9
of PERATURAN-PERATURAN PILIHAN RAYA (PENDAFTARAN PEMILIH) 2002
Seksyen 9
Daftar pemilih bagi maksud pilihan raya umum atau pilihan raya kecil
Bagi maksud sesuatu pilihan raya umum atau pilihan raya kecil, Suruhanjaya Pilihan Raya hendaklah menentukan daftar pemilih induk dan daftar pemilih tambahan yang terakhir diperakui, sebelum pembubaran Parlimen atau Dewan Undangan Negeri itu atau sesuatu kekosongan berlaku, yang hendaklah digunakan dalam pilihan raya umum atau pilihan raya kecil itu.