Seksyen 11
Hadiah dan nombor kemenangan
of Skim bagi Pengendalian, Penganjuran dan Pengurusan Pertaruhan Sabah 3D 2011
(1)
Hadiah untuk mana-mana cabutan hendaklah dihadiahkan kepada pemenang mengikut struktur hadiah yang terpakai bagi cabutan berkenaan.
(2)
Kelayakan kepada hadiah masing-masing, berdasarkan satu unit pertaruhan Ringgit satu (RM1) adalah seperti yang berikut:
(3)
Pemegang lesen mempunyai budi bicara untuk menambah atau mengurangkan kategori hadiah dan bilangan hadiah dari semasa ke semasa tertakluk kepada kelulusan Menteri.
Kategori hadiah
Bilangan hadiah
Ditentukan dengan memadankan
Hadiah Besar
(Ringgit)
Pertama 1
nombor ramalan 3-angka ditentukan sebagai hadiah pertama dalam urutan tepat 500
Kedua 1
nombor ramalan 3-angka ditentukan sebagai hadiah kedua dalam urutan tepat 100
Ketiga 1
nombor ramalan 3-angka ditentukan sebagai hadiah ketiga dalam urutan tepat 30
P.U. (B) 311 11