Skip to content

Seksyen 4

Penubuhan pejabat

of Skim bagi Pengendalian, Penganjuran dan Pengurusan Pertaruhan Sabah 3D 2011

P.U. (B)In forceProvision 4 of 16
Seksyen 4

(1)

Pemegang lesen boleh menubuhkan pejabat di tempat sebagaimana yang difikirkannya perlu bagi pengendalian, penganjuran dan pengurusan Pertaruhan 3D di bawah Skim ini.

(2)

Bagi tujuan Pertaruhan 3D melalui sistem dalam talian, pemegang lesen hendaklah mengemukakan bagi kelulusan Menteri, nama dan alamat premis di mana transaksi kewangan berhubungan dengan Pertaruhan 3D melalui sistem dalam talian akan dikendalikan.