Malaysia legislation

Section 9

of SKIM BAGI PENGENDALIAN, PENGANJURAN DAN PENGURUSAN PERTARUHAN SABAH 3D 2011

Seksyen 9

(1)

Peserta hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan pemilihan yang dicetak pada resit tiket adalah sama dengan nombor ramalan 3-angka yang dipilih.

(2)

Pemegang lesen dianggap tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa perbezaan bagi maksud subperenggan (1) dan boleh bergantung sepenuhnya dengan maklumat yang dicetak pada resit tiket atau direkodkan dalam sistem dalam talian.

(3)

Dalam keadaan butir-butir yang dicetak pada resit tiket berbeza dengan rekod pemegang lesen, butir-butir yang direkodkan pada pita magnetik atau cakera atau apa-apa kaedah penyimpanan lain oleh pemegang lesen hendaklah diakui dan dianggap sebagai butir-butir yang benar bagi pembayaran hadiah dan tujuan lain.

Cabutan 3D

Section 9 — SKIM BAGI PENGENDALIAN, PENGANJURAN DAN PENGURUSAN PERTARUHAN SABAH 3D 2011