Malaysia legislation
Section 12
of SKIM BAGI PENGENDALIAN, PENGANJURAN DAN PENGURUSAN PERTARUHAN SABAH 3D 2011
Seksyen 12
(1)
Tiada hadiah akan dibayar bagi mana-mana resit tiket melainkan dan sehingga resit tiket kemenangan yang sah diserahkan dan disahkan oleh pemegang lesen atau ejen dengan menggunakan prosedur pengesahan sistem dalam talian atau sistem lain yang dianggap sesuai oleh pemegang lesen.
(2)
Tiada hadiah akan dibayar bagi mana-mana resit tiket melainkan ia telah ditentukan sebagai suatu tiket kemenangan. Butir-butir pada resit tiket seperti yang dinyatakan dalam subperenggan 7(2) mestilah sama dalam setiap segi dengan rekod pemegang lesen, yang telah direkodkan terlebih dahulu dalam pita magnetik atau cakera atau mana-mana kaedah penyimpanan yang lain oleh pemegang lesen sebelum
Cabutan 3D yang berkenaan.
(3)
Tiada hadiah akan dibayar bagi mana-mana resit tiket sekiranya apa-apa butir-butir yang dinyatakan dalam subperenggan 7(2) telah dipinda atau sukar untuk dibaca, atau sekiranya resit tiket telah hilang, dicuri, tidak dikeluarkan, dicacatkan, koyak, rosak, dipalsukan atau palsu, dibatalkan oleh ejen, tersilap dihasilkan, tidak lengkap atau diusik dengan apa jua cara.
(4)
Pemegang lesen mempunyai hak untuk memuaskan dirinya akan kesahihan setiap resit tiket yang diserahkan sebagai suatu tiket kemenangan dengan cara ujian ketulenan dan pengesahan berdasarkan keperluan dan prosedur yang ditentukan dari semasa ke semasa, dan untuk mengisytiharkan suatu resit tiket yang gagal ujian tersebut adalah dianggap tidak sah.
(5)
Apabila tiket kemenangan yang sah diserahkan bagi tujuan menuntut hadiah, semua hak, hak milik dan kepentingan ke atas resit tiket tersebut dipindahkan kepada pemegang lesen setelah pemenang menerima hadiah daripada pemegang lesen.
(6)
Tiada hadiah akan dibayar bagi mana-mana resit tiket jika didapati suatu resit tiket lain dengan butir-butir yang sama dalam semua perkara dengan resit tiket yang diserahkan untuk penebusan hadiah, yang telah pun dibayar sebelumnya oleh pemegang lesen atau ejen.
P.U. (B) 311 12
(7)
Tiada hadiah akan dibayar bagi mana-mana resit tiket jika didapati suatu resit tiket tersebut telah direkodkan sebagai dibatalkan dalam rekod pemegang lesen.
(8)
Maklumat yang terkandung dalam mesej pengesahan dalam mana-mana perantara adalah tidak muktamad bagi kelayakan menuntut hadiah. Jika berlaku kesilapan pengesahan, jumlah hadiah tersebut, jika ada, yang kepadanya penuntut adalah berhak, adalah tertakluk kepada nombor yang direkodkan dalam Sijil dan struktur hadiah yang terpakai.
(9)
Pemegang lesen mempunyai hak untuk meyakinkan dirinya bahawa seseorang yang menuntut hadiah adalah berhak, dan akan kekal berhak, ke atas hadiah sebagai pembawa yang sah sesuatu tiket kemenangan.
(10)
Pemegang lesen boleh menghendaki seseorang pemenang untuk mengemukakan pengenalan diri yang sah untuk menyokong identiti pemenang. Bentuk pengenalan diri yang sah yang diperlukan adalah atas budi bicara mutlak pemegang lesen.
(11)
Pemegang lesen adalah tidak bertanggungjawab untuk menentukan hak mana-mana individu ke atas semua atau sebahagian daripada hadiah yang dimenangi bagi resit tiket yang dibeli oleh atau dikeluarkan kepada suatu kumpulan dalam
Pertaruhan 3D.
(12)
Pemegang lesen adalah tidak bertanggungjawab dalam apa jua cara kepada mana-mana orang bagi apa-apa kerugian atau kehilangan yang mungkin dialami akibat daripada penyertaannya dalam Pertaruhan 3D sebagai ahli sesuatu kumpulan.
(13)
Tiada hadiah akan dibayar bagi mana-mana resit tiket kemenangan jika didapati orang yang menuntut adalah seseorang yang dilarang oleh undang-undang atau apa-apa sekatan lain untuk menyertai Pertaruhan 3D.
P.U. (B) 311 13
(14)
Dalam keadaan amaun pembayaran bagi sesuatu hadiah kepada seseorang pemenang memerlukan suatu perkiraan oleh pemegang lesen, perkiraan amaun tersebut adalah muktamad, konklusif dan mengikat ke atas pemenang.
(15)
Pemegang lesen boleh, atas budi bicara mutlaknya dan pada bila-bila masa semasa proses tuntutan hadiah, menghendaki maklumat peribadi tertentu daripada pemenang jika maklumat berkenaan adalah perlu untuk kesempurnaan pentadbiran pemegang lesen. Pemegang lesen tidak bertanggungan bagi kegagalan untuk membayar atau menghadiahkan kesemua atau sebahagian daripada hadiah jika ia disebabkan oleh kegagalan pemenang untuk memberikan maklumat yang dikehendaki kepada pemegang lesen atau untuk membenarkan pemegang lesen menzahirkan maklumat berkenaan seperti yang boleh dikehendaki oleh mana-mana keperluan berkanun.
(16)
Pembayaran hadiah mengikut cara yang diperuntukkan dalam Skim ini, dan dalam apa-apa polisi dan prosedur yang dirumuskan dan ditadbirkan oleh pemegang lesen, akan dibuat, tanpa faedah, oleh pemegang lesen dalam masa yang munasabah selepas hadiah tersebut dituntut.
(17)
Bagi tujuan mengambil apa-apa hadiah, pemenang hendaklah memberikan pemegang lesen hak untuk menerbit, mencetak atau menyiar nama dan alamatnya, dan mana-mana gambar, pita video, rakaman suara, kenyataan, surat perakuan, filem atau mana-mana pengeluaran semula daripada atau olehnya tanpa sebarang tanggungan yang dikenakan kepada pemegang lesen.
Pelepasan tanggungan sepenuhnya