Malaysia legislation
Section 6
of SKIM BAGI PENGENDALIAN, PENGANJURAN DAN PENGURUSAN PERTARUHAN SABAH 3D 2011
Seksyen 6
(1)
Dalam membuat Pertaruhan 3D, peserta hendaklah memilih daripada yang berikut—
(a)
nombor ramalan 3-angka daripada 000 hingga 999;
(b)
pertaruhan biasa atau pertaruhan PAU atau Quick Pick untuk setiap nombor ramalan 3-angka yang dipilih;
(c)
nombor cabutan dan tarikh cabutan; atau
(d)
pertaruhan.
(2)
Peserta boleh memilih nombor ramalan 3-angka dan membayar pertaruhannya dalam mana-mana cara yang berikut:
(a)
dengan melengkapkan slip taruhan mengikut arahan yang dinyatakan pada slip taruhan dan mengemukakannya kepada ejen bagi tujuan pemprosesan melalui sistem dalam talian;
(b)
dengan memohon tiket Quick Pick; atau
(c)
dengan mengarahkan ejen secara lisan.
P.U. (B) 311 7
(3)
Untuk pilihan pertaruhan PAU, jenis pertaruhan PAU hendaklah ditentukan oleh nombor ramalan 3-angka yang dipilih oleh peserta iaitu—
(a)
“3-Cara pertaruhan PAU”, jika nombor ramalan dipilih ialah sepasang dan satu angka unik; atau
(b)
“6-Cara pertaruhan PAU”, jika nombor ramalan dipilih ialah tiga angka unik.
(4)
Resit tiket yang dicetak dengan sah adalah bukti pembelian yang sah dan penyertaan dalam Cabutan 3D yang berkenaan.
(5)
Slip pertaruhan tidak menjadi bukti pembelian yang sah dan penyertaan dalam Cabutan 3D.
Resit tiket