Skip to content
ActIn force

Akta Jalan-Jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian) 1984

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
1984
Sections
8
Languages
MS · EN

Akta Jalan-Jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian) 1984 is Malaysia Act, cited as Act 306 1984, currently marked in force and first recorded in 1984.

Front matterCover and publication detailsOpen

MALAYSIA

VERSI ATAS TALIAN TEKS

CETAKAN SEMULA DIKEMAS KINI

Akta 306

AKTA JALAN-JALAN

PERSEKUTUAN (PENGURUSAN

PERSENDIRIAN) 1984

Sebagaimana pada 1 November 2012

2

Tarikh Perkenan Diraja…

…

…

…

27 Jun 1984

Tarikh penyiaran dalam Warta

…

…

…

…

28 Jun 1984

Kali terakhir dipinda melalui

Akta A892 yang mula berkuat kuasa pada

…

...

…

…

8 Julai 1994

3

Akta 306

Opening note

Preamble

  1. Suatu Akta untuk membuat peruntukan bagi seseorang untuk meminta, memungut dan menyimpan tol berkenaan dengan jalan, jambatan atau feri Persekutuan, dan bagi perkara yang berkaitan dengannya. [29 Jun 1984] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti berikut : Tajuk ringkas

Perintah bagi pemungutan tol

(1)

Adalah sah di sisi undang-undang bagi Menteri yang bertanggungjawab mengenai kerja-kerja melalui perintah yang disiarkan dalam Warta untuk memberi kuasa kepada mana-mana orang yang telah bersetuju untuk membina, membina semula, meningkat, membaiki atau menyenggara mana-mana jalan, jambatan atau feri yang telah diisytiharkan atau akan diisytihar sebagai jalan, jambatan atau feri Persekutuan di bawah Akta Jalan Persekutuan 1959 [Akta 376] atau yang ada dalam mana-mana Wilayah

6 Undang-Undang Malaysia AKTA 306

Persekutuan untuk meminta, memungut dan menyimpan tol bagi tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu bagi penggunaan jalan, jambatan atau feri tersebut oleh mana-mana orang atau kelas kenderaan.

(2)

Suatu perintah di bawah subseksyen (1) hendaklah menyatakan―

(a)

jalan, jambatan atau feri yang berkenaan dengannya tol boleh diminta, dipungut dan disimpan;

(b)

orang yang diberi kuasa untuk meminta, memungut dan menyimpan tol;

(c)

jangka masa pemberian kuasa di bawah perenggan (b);

(d)

orang atau kelas kenderaan yang berkenaan dengannya tol boleh diminta, dipungut dan disimpan;

(g)

orang atau kelas kenderaan yang akan dikecualikan daripada pembayaran tol.

Pemasangan galang

Mana-mana orang diberi kuasa untuk meminta, memungut dan menyimpan tol di bawah seksyen 2 boleh menyebabkan suatu galang dipasangkan di mana-mana tempat di mana tol akan dibayar, dan galang tersebut boleh diletakkan terhadap mana-mana orang atau kenderaan sehingga tol yang kena dibayar berkenaan dengan orang atau kenderaan tersebut telah dibayar.

Jalan-Jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian) 7

Akaun, buku, rekod, dsb., berkenaan dengan tol

Mana-mana orang yang diberi kuasa untuk meminta, memungut dan menyimpan tol di bawah seksyen 2―

(a)

hendaklah menyenggara apa-apa akaun, buku dan rekod berkenaan dengan pembayaran dan pungutan tol sebagaimana yang dikehendaki oleh Menteri;

(b)

hendaklah memberi kepada Menteri apa-apa maklumat, penyata dan akaun berkenaan dengan pembayaran dan pungutan tol sebagaimana yang dikehendaki oleh Menteri;

dan

(c)

hendaklah membenarkan mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Menteri untuk mempunyai akses kepada, atau untuk memeriksa atau meneliti, mana-mana akaun, buku, rekod, dokumen, jentera atau alat yang disenggarakan atau digunakan bagi pembayaran atau pungutan tol.

Tugas untuk menyenggara jalan, jambatan atau feri

Mana-mana orang yang diberi kuasa untuk meminta, memungut dan menyimpan tol di bawah suatu perintah yang dibuat di bawah seksyen 2 hendaklah menyenggara dalam keadaan baik dan menurut amalan kejuruteraan yang baik ke atas jalan, jambatan atau feri yang berkenaan dengannya perintah itu dibuat.

Imuniti Kerajaan Malaysia

Kerajaan Malaysia tidaklah bertanggungan ke atas mana-mana orang berkenaan dengan apa-apa jua jenis kecederaan, kerosakan atau kehilangan yang timbul daripada kegagalan orang yang berhak meminta, memungut dan menyimpan tol di bawah suatu perintah yang dibuat di bawah seksyen 2 atau menurut kuasa subseksyen 7(3)

untuk menjalankan mana-mana tugasnya di bawah seksyen 5.

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 306

Penyerahhakan hak meminta, memungut dan menyimpan tol

(1)

Menteri, dengan persetujuan Menteri Kewangan, boleh dalam hal yang sesuai, setelah mengambil kira kepentingan orang yang diberi kuasa untuk meminta, memungut dan menyimpan tol di bawah seksyen 2, melalui pemberitahuan dalam

Warta membenarkan, tertakluk kepada terma dan syarat sebagaimana

Menteri fikirkan patut, penyerahhakan hak orang yang diberi kuasa itu untuk meminta, memungut dan menyimpan tol kepada mana-mana orang yang ada kepentingan dalam pembiayaan pembinaan, pembinaan semula, peningkatan, pembaikan atau penyenggaraan jalan, jambatan atau feri yang berkenaan (dalam seksyen ini disebut

“pemegang serah hak”).

(1)

hendaklah menyatakan jangka masa kebenaran itu, yang mana tidak boleh lebih lama daripada jangka masa pemberian kuasa yang dinyatakan dalam perintah yang berkenaan di bawah seksyen 2.

(3)

Selama jangka masa kebenaran di bawah subseksyen (1) itu, pemegang serah hak hendaklah disifatkan sebagai orang diberi kuasa meminta, memungut dan menyimpan tol di bawah seksyen 2 bagi penggunaan jalan, jambatan dan feri yang berkenaan dan hendaklah mematuhi seksyen 3, 4 dan 5.

Kesalahan

(1)

Mana-mana orang yang menggunakan atau cuba menggunakan mana-mana jalan, jambatan atau feri yang berkenaan dengannya suatu perintah telah dibuat di bawah seksyen 2 tanpa membayar tol yang ditetapkan dalam perintah itu melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, hendaklah didenda tidak kurang daripada dua ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima ribu ringgit.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1) tol yang kena dibayar menurut kuasa suatu perintah yang dibuat menurut seksyen 2

bolehlah didapatkan melalui tindakan di sisi undang-undang oleh orang yang diberi kuasa sedemikian di bawah seksyen tersebut.

Jalan-Jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian) 9

(3)

Seksyen 173A Kanun Tatacara Jenayah tidaklah terpakai berkenaan dengan suatu kesalahan di bawah subseksyen (1).

(4)

Dalam tiap-tiap kes apabila pesalah itu dihukum membayar denda di bawah seksyen ini mahkamah yang menjatuhkan hukuman hendaklah mengarahkan bahawa sekiranya dia ingkar membayar denda itu pesalah itu hendaklah dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun, dan pemenjaraan itu adalah sebagai tambahan kepada apa-apa hukuman pemenjaraan lain yang dijatuhkan ke atasnya atau yang boleh dikenakan ke atasnya menurut sesuatu peringanan hukuman.

______________________________

10

Akta 306

SENARAI PINDAAN

Undan-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari

Akta A677

Akta Jalan-Jalan Persekutuan 25-09-1987;

(Pengurusan Persendirian)

s.2: 01-01-1987

(Pindaan) 1987

Akta A892

Akta Jalan-Jalan Persekutuan 08-07-1994

(Pengurusan Persendirian)

(Pindaan) 1994

_________________

11

Akta 306

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda Berkuat kuasa dari

2

Akta A677

01-01-1987

6

Akta A677

25-09-1987

7

Akta A677

25-09-1987

8

Akta A892

08-07-1994

_____________

Common questions

What is Akta Jalan-Jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian) 1984?
Akta Jalan-Jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian) 1984 is Malaysia Act, cited as Act 306 1984, currently marked in force and first recorded in 1984.
Is Akta Jalan-Jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian) 1984 still in force?
Yes — Akta Jalan-Jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian) 1984 is currently in force.
When did Akta Jalan-Jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian) 1984 take effect?
Akta Jalan-Jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian) 1984 was first recorded in 1984.
How many sections does Akta Jalan-Jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian) 1984 have?
Akta Jalan-Jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian) 1984 contains 8 sections.
Where can I read the official version of Akta Jalan-Jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian) 1984?
The official text of Akta Jalan-Jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian) 1984 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.

Akta Jalan-Jalan Persekutuan… (No. 306) | mylaw.my