Seksyen 7
Penyerahhakan hak meminta, memungut dan menyimpan tol
of Akta Jalan-Jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian) 1984
(1)
Menteri, dengan persetujuan Menteri Kewangan, boleh dalam hal yang sesuai, setelah mengambil kira kepentingan orang yang diberi kuasa untuk meminta, memungut dan menyimpan tol di bawah seksyen 2, melalui pemberitahuan dalam
Warta membenarkan, tertakluk kepada terma dan syarat sebagaimana
Menteri fikirkan patut, penyerahhakan hak orang yang diberi kuasa itu untuk meminta, memungut dan menyimpan tol kepada mana-mana orang yang ada kepentingan dalam pembiayaan pembinaan, pembinaan semula, peningkatan, pembaikan atau penyenggaraan jalan, jambatan atau feri yang berkenaan (dalam seksyen ini disebut
“pemegang serah hak”).
(2)
Pemberitahuan di bawah subseksyen
(1)
hendaklah menyatakan jangka masa kebenaran itu, yang mana tidak boleh lebih lama daripada jangka masa pemberian kuasa yang dinyatakan dalam perintah yang berkenaan di bawah seksyen 2.
(3)
Selama jangka masa kebenaran di bawah subseksyen (1) itu, pemegang serah hak hendaklah disifatkan sebagai orang diberi kuasa meminta, memungut dan menyimpan tol di bawah seksyen 2 bagi penggunaan jalan, jambatan dan feri yang berkenaan dan hendaklah mematuhi seksyen 3, 4 dan 5.