Seksyen 8
Kesalahan
of Akta Jalan-Jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian) 1984
(1)
Mana-mana orang yang menggunakan atau cuba menggunakan mana-mana jalan, jambatan atau feri yang berkenaan dengannya suatu perintah telah dibuat di bawah seksyen 2 tanpa membayar tol yang ditetapkan dalam perintah itu melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, hendaklah didenda tidak kurang daripada dua ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima ribu ringgit.
(2)
Walau apa pun subseksyen (1) tol yang kena dibayar menurut kuasa suatu perintah yang dibuat menurut seksyen 2
bolehlah didapatkan melalui tindakan di sisi undang-undang oleh orang yang diberi kuasa sedemikian di bawah seksyen tersebut.
Jalan-Jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian) 9
(3)
Seksyen 173A Kanun Tatacara Jenayah tidaklah terpakai berkenaan dengan suatu kesalahan di bawah subseksyen (1).
(4)
Dalam tiap-tiap kes apabila pesalah itu dihukum membayar denda di bawah seksyen ini mahkamah yang menjatuhkan hukuman hendaklah mengarahkan bahawa sekiranya dia ingkar membayar denda itu pesalah itu hendaklah dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun, dan pemenjaraan itu adalah sebagai tambahan kepada apa-apa hukuman pemenjaraan lain yang dijatuhkan ke atasnya atau yang boleh dikenakan ke atasnya menurut sesuatu peringanan hukuman.
______________________________
10
Akta 306
SENARAI PINDAAN
Undan-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari
Akta A677
Akta Jalan-Jalan Persekutuan 25-09-1987;
(Pengurusan Persendirian)
s.2: 01-01-1987
(Pindaan) 1987
Akta A892
Akta Jalan-Jalan Persekutuan 08-07-1994
(Pengurusan Persendirian)
(Pindaan) 1994
_________________
11
Akta 306
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda Berkuat kuasa dari
2
Akta A677
01-01-1987
6
Akta A677
25-09-1987
7
Akta A677
25-09-1987
8
Akta A892
08-07-1994
_____________