Seksyen 2
Perintah bagi pemungutan tol
of Akta Jalan-Jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian) 1984
(1)
Adalah sah di sisi undang-undang bagi Menteri yang bertanggungjawab mengenai kerja-kerja melalui perintah yang disiarkan dalam Warta untuk memberi kuasa kepada mana-mana orang yang telah bersetuju untuk membina, membina semula, meningkat, membaiki atau menyenggara mana-mana jalan, jambatan atau feri yang telah diisytiharkan atau akan diisytihar sebagai jalan, jambatan atau feri Persekutuan di bawah Akta Jalan Persekutuan 1959 [Akta 376] atau yang ada dalam mana-mana Wilayah
6 Undang-Undang Malaysia AKTA 306
Persekutuan untuk meminta, memungut dan menyimpan tol bagi tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu bagi penggunaan jalan, jambatan atau feri tersebut oleh mana-mana orang atau kelas kenderaan.
(2)
Suatu perintah di bawah subseksyen (1) hendaklah menyatakan―
(a)
jalan, jambatan atau feri yang berkenaan dengannya tol boleh diminta, dipungut dan disimpan;
(b)
orang yang diberi kuasa untuk meminta, memungut dan menyimpan tol;
(c)
jangka masa pemberian kuasa di bawah perenggan (b);
(d)
orang atau kelas kenderaan yang berkenaan dengannya tol boleh diminta, dipungut dan disimpan;
(e)
amaun tol;
(f)
tempat di mana tol boleh dipungut; dan
(g)
orang atau kelas kenderaan yang akan dikecualikan daripada pembayaran tol.