Skip to content

Seksyen 4

Akaun, buku, rekod, dsb., berkenaan dengan tol

of Akta Jalan-Jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian) 1984

ActIn forceProvision 4 of 8
Seksyen 4

Mana-mana orang yang diberi kuasa untuk meminta, memungut dan menyimpan tol di bawah seksyen 2―

(a)

hendaklah menyenggara apa-apa akaun, buku dan rekod berkenaan dengan pembayaran dan pungutan tol sebagaimana yang dikehendaki oleh Menteri;

(b)

hendaklah memberi kepada Menteri apa-apa maklumat, penyata dan akaun berkenaan dengan pembayaran dan pungutan tol sebagaimana yang dikehendaki oleh Menteri;

dan

(c)

hendaklah membenarkan mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Menteri untuk mempunyai akses kepada, atau untuk memeriksa atau meneliti, mana-mana akaun, buku, rekod, dokumen, jentera atau alat yang disenggarakan atau digunakan bagi pembayaran atau pungutan tol.