Seksyen 35
of Akta 627
Seksyen 35
Bagi maksud sesuatu pemeriksaan di bawah seksyen 34, mana-mana orang yang sedang diperiksa dan pengarahnya dan pegawainya hendaklah memberi mana-mana pegawai Bank yang menjalankan pemeriksaan itu akses kepada semua premis, perkakas, kelengkapan, mesinnya, buku atau dokumen lain dan akaunnya, termasuklah dokumen hakmilik kepada asetnya, semua sekuriti yang dipegang olehnya berkenaan dengan transaksi pelanggannya, segala wang tunainya, dan kepada segala dokumen, maklumat dan kemudahan sebagaimana yang dikehendaki oleh pegawai itu bagi maksud pemeriksaan itu, dan hendaklah mengemukakan kepada pegawai itu semua perkakas, kelengkapan, mesin, buku atau dokumen lain, akaun, hakmilik, sekuriti atau wang tunai, dan memberikan semua maklumat, secara lisan atau bertulis, sebagaimana yang dikehendakinya, walau bagaimanapun, setakat yang selaras dengan penjalanan pemeriksaan itu, apa-apa perkakas, kelengkapan, mesin, buku atau dokumen, akaun, hakmilik, sekuriti dan wang tunai itu tidak boleh dikehendaki supaya dikemukakan pada masa atau di tempat yang mungkin mengganggu penjalanan yang sepatutnya urusan harian biasa orang itu.
(2)
Walau apa pun keluasan subseksyen (1), mana-mana pegawai Bank yang diberi kuasa oleh Bank secara bertulis bagi maksud ini boleh mengambil milik apa-apa perkakas, kelengkapan, mesin, buku atau dokumen lain, akaun, hakmilik, sekuriti atau wang tunai yang kepadanya dia mempunyai akses di bawah subseksyen (1) jika pada pendapatnya—
(a)
pemeriksaannya, penyalinannya, atau pembuatan cabutan daripadanya tidak dapat dibuat dengan semunasabahnya tanpa mengambil miliknya;
(b)
ia mungkin diganggu atau dimusnahkan melainkan jika dia mengambil miliknya; atau
(c)
ia mungkin diperlukan sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding undang-undang, sama ada civil atau jenayah, yang mungkin dimulakan di bawah atau berkaitan dengan Akta ini, Akta Bank Negara Malaysia 1958 atau mana-mana undang-undang bertulis lain.
(3)
Seseorang yang menjadi atau pernah pada bila-bila masa menjadi—
(a)
pengarah atau pegawai seseorang pengendali atau pengeluar;
(b)
ejen atau yang menjalankan apa-apa fungsi seseorang pengendali atau pengeluar;
(c)
peserta suatu sistem pembayaran atau pengguna suatu instrumen pembayaran; atau
(d)
juruaudit suatu pengendali atau pengeluar, hendaklah memberikan maklumat atau dokumen yang dikehendaki oleh Bank dalam masa yang ditentukan oleh Bank dalam menjalankan pemeriksaan di bawah seksyen 34.
(4)
Seseorang juruaudit yang disebut dalam perenggan (3)(d) hendaklah tidak bertanggungan bagi pelanggaran kontrak yang berhubungan dengan, atau kewajipan, kerahsiaan kerana memberi apa-apa maklumat atau dokumen kepada pegawai yang menjalankan pemeriksaan itu.