Skip to content

Seksyen 56

of Akta 627

ActRepealedProvision 56 of 77

Seksyen 56

(1)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi atau yang melanggar mana-mana kehendak atau larangan yang dikenakan terhadapnya oleh mana-mana peruntukan Akta ini, apa-apa penentuan atau kehendak yang dibuat, atau apa-apa perintah, arahan atau notis yang diberikan, atau apa-apa had, terma, syarat atau sekatan yang dikenakan, dalam menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah, menurut, atau menurut kuasa mana-mana peruntukan Akta ini yang dinyatakan dalam ruang kedua Jadual melakukan suatu kesalahan di bawah peruntukan itu dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi amaun yang dinyatakan dalam ruang ketiga Jadual atau dipenjarakan tidak melebihi tempoh yang dinyatakan dalam ruang keempat Jadual, atau kedua-duanya, dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, hendaklah sebagai tambahan, boleh dikenakan hukuman denda harian tidak melebihi amaun yang dinyatakan dalam ruang kelima Jadual bagi tiap-tiap hari kesalahan itu berterusan.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), jika orang yang disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta ini ialah suatu pertubuhan perbadanan, hukuman pemenjaraan yang dinyatakan dalam ruang keempat Jadual tidaklah terpakai baginya.