Skip to content
RepealedRepealedRead it in English

Bahagian III · Instrumen Pembayaran

23. Larangan pengeluaran instrumen pembayaran

Feedback & support
(1)

Bank boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, melarang mana-mana orang mengeluarkan atau menggunakan apa-apa instrumen pembayaran jika—

(a)

pengeluaran atau penggunaan instrumen pembayaran itu memudaratkan pengendalian sistem pembayaran di Malaysia yang boleh dipercayai, selamat, cekap dan lancar; atau

(b)

larangan itu adalah untuk kepentingan orang ramai.

(2)

Bank boleh, dalam menimbangkan sama ada hendak melarang mana-mana orang mengeluarkan atau menggunakan apa-apa instrumen pembayaran di bawah subseksyen (1), memeriksa premis, kelengkapan, mesin, perkakas, buku atau dokumen lain, akaun dan transaksi pengeluar instrumen pembayaran itu, setelah notis bertulis diberikan kepada pengeluar itu.

(3)

Bank hendaklah memberi orang yang disebut dalam subseksyen (1) suatu peluang yang munasabah untuk membuat representasi sebelum membuat keputusan untuk mengenakan larangan di bawah subseksyen itu.

Report

Bahagian IV

Kuasa Bank

Bab 1

Bab 4

Bahagian V

Penyiasatan, Penggeledahan dan Penyitaan

Bahagian VI

Kesalahan

Bahagian VII

Pelbagai

Schedules