Skip to content
RepealedRepealedRead it in English

Bab 1

31. Kehendak supaya dikemukakan maklumat

Feedback & support
(1)

Seseorang pengendali, peserta atau pengeluar hendaklah, dalam apa-apa masa yang boleh ditentukan oleh Bank, mengemukakan kepada Bank kesemua dokumen dan maklumat tentang sistem pembayaran atau instrumen pembayaran sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.

(2)

Dokumen dan maklumat yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah termasuk dokumen dan maklumat yang berhubungan dengan mana-mana peserta sistem pembayaran atau pengguna instrumen pembayaran, dan perniagaan, hal ehwal, statistik dan maklumat mengenai transaksi yang berhubungan dengan sistem pembayaran atau instrumen pembayaran itu sebagaimana yang ditentukan oleh Bank di bawah subseksyen (1).

(3)

Peruntukan subseksyen (1) tidaklah menjejaskan, dan tidaklah boleh dengan apa-apa cara mengurangkan, apa-apa kuasa lain yang diberikan kepada Bank atau pegawai penyiasat di bawah Akta ini.

(4)

Peruntukan seksyen ini hendaklah mempunyai kuat kuasa walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis tentang kerahsiaan atau sekatan lain mengenai penzahiran maklumat atau apa-apa sumpah, akuan janji atau kehendak kerahsiaan, yang bertentangan, atau apa-apa obligasi di bawah mana-mana kontrak, perjanjian atau perkiraan, sama ada nyata atau tersirat, yang bertentangan.

Kuasa Bank Ke Atas Sistem Pembayaran Yang Ditetapkan Dan Instrumen Pembayaran Yang Ditetapkan

Report

Bab 4

Bahagian V

Penyiasatan, Penggeledahan dan Penyitaan

Bahagian VI

Kesalahan

Bahagian VII

Pelbagai

Schedules