Skip to content
RepealedRepealedRead it in English

Bahagian II · Sistem Pembayaran

5. Pengendalian sistem pembayaran

Feedback & support
(1)

Tiada seorang pun boleh mengendalikan apa-apa sistem pembayaran melainkan jika dia telah mematuhi kehendak-kehendak subseksyen (3) dan telah menerima suatu pemberitahuan bertulis daripada Bank bahawa dia telah mematuhinya.

(2)

Pemberitahuan bertulis di bawah subseksyen (1) bukanlah suatu kelulusan atau pengendorsan oleh Bank ke atas sistem pembayaran itu.

(3)

Orang yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah mengemukakan kepada Bank dokumen-dokumen dan maklumat sebagaimana yang ditetapkan oleh Bank, berserta dengan apa-apa fi sebagaimana yang ditetapkan oleh Bank.

(4)

Walau apa pun subseksyen (1), Bank boleh, melalui notis bertulis, melarang seseorang daripada mengendalikan apa-apa sistem pembayaran jika—

(a)

sistem pembayaran itu memudaratkan pengendalian sistem pembayaran yang boleh dipercayai, selamat, cekap dan lancar di Malaysia; atau

(b)

larangan itu adalah untuk kepentingan orang ramai.

(5)

Bank hendaklah memberi orang yang disebut dalam subseksyen

(4)

suatu peluang yang munasabah untuk membuat representasi sebelum membuat keputusan untuk mengenakan larangan di bawah subseksyen itu.

Report

Bab 2

Bab 3

Bahagian III

Instrumen Pembayaran

Bahagian IV

Kuasa Bank

Bab 1

Bab 4

Bahagian V

Penyiasatan, Penggeledahan dan Penyitaan

Bahagian VI

Kesalahan

Bahagian VII

Pelbagai

Schedules