Seksyen 37
Arahan dalam hal keadaan ketidaksolvenan
of Akta 627
Tanpa menjejaskan seksyen 33, jika Bank berpuas hati, setelah dimaklumkan oleh pengendali suatu sistem pembayaran yang ditetapkan di bawah seksyen 36 atau selepas suatu pemeriksaan di bawah seksyen 34 atau selainnya, bahawa seseorang pengendali suatu sistem pembayaran yang ditetapkan—
(a)
tidak solven atau mungkin menjadi tidak solven;
(b)
telah menjadi atau mungkin menjadi tidak berupaya untuk menunaikan kesemua atau mana-mana obligasinya; atau
(c)
telah menggantung pembayaran atau telah membuat penyelesaian dengan pemiutangnya,
(aa) memecat daripada jawatan, berkuat kuasa dari tarikh yang ditentukan dalam arahan itu, mana-mana pengarah atau ketua pegawai eksekutif pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan itu;
Bank boleh mengeluarkan suatu arahan secara bertulis, menjalankan mana-mana satu kuasa yang berikut atau lebih, yang disifatkannya perlu—
(bb) melantik mana-mana orang sebagai seorang pengarah atau ketua pegawai eksekutif pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan dan memperuntukkan dalam arahan itu bahawa orang yang dilantik sedemikian hendaklah dibayar oleh pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan itu apa-apa saraan yang dinyatakan dalam arahan itu; atau
(cc)
melantik seseorang untuk menasihati pengendali sesuatu sistem pembayaran yang ditetapkan berhubung dengan penjalanan sepatutnya perniagaannya, dan memperuntukkan dalam arahan itu bahawa orang yang dilantik sedemikian hendaklah dibayar oleh pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan itu apa-apa saraan sebagaimana yang dinyatakan dalam arahan itu.
(2)
Seksyen ini hendaklah terpakai walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis, atau apa-apa batasan yang terkandung dalam dokumen konstituen pengendali sesuatu sistem pembayaran yang ditetapkan.