Akta Agency Penguatkuasaan Maritim Malaysia 2004 · Updated to 1 Apr 2018 · Bahagian IV
13. Pembolosan
Feedback & support(1)
Mana-mana pegawai Agensi yang tanpa sebab yang munasabah, yang beban pembuktiannya terletak padanya, tidak menghadirkan dirinya selama tempoh dua puluh satu hari yang berterusan untuk menjalankan tugas atau dalam hal keadaan yang menunjukkan bahawa dia bertujuan untuk tidak kembali menjalankan tugasnya hendaklah disifatkan telah membolos, dan melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua belas bulan.
(2)
Jika seorang telah disabitkan di bawah seksyen ini, Pihak
Berkuasa Tatatertibnya boleh mengarahkan supaya semua tunggakan gaji yang kena dibayar kepada orang itu dilucuthakkan.