Akta Agency Penguatkuasaan Maritim Malaysia 2004 · Updated to 1 Apr 2018 · Bahagian IV
17. Kuasa semasa darurat, krisis khas atau perang
Feedback & support(1)
Walau apa pun mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana undang-undang persekutuan lain,
Agensi, atau mana-mana bahagian Agensi sebagaimana yang ditentukan oleh
Menteri, hendaklah di bawah perintah dan kawalan am Angkatan
Tentera Malaysia semasa apa-apa tempoh darurat, krisis khas atau perang.
(2)
Jika apa-apa keraguan berbangkit tentang sama ada suatu darurat, krisis khas atau perang telah berlaku, suatu proklamasi yang ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong dan dipamerkan di mana-mana tempat yang difikirkan patut oleh Menteri hendaklah menjadi bukti muktamad bagi fakta itu.