Skip to content
In forceUpdated to 1 Apr 2018Read it in English

Bahagian IV

15. Penalti kerana menyebabkan ketidaksetiaan

Feedback & support
(1)

Seseorang yang menyebabkan atau cuba untuk menyebabkan atau melakukan apa-apa perbuatan yang dikira akan menyebabkan ketidaksetiaan di kalangan pegawai Agensi, atau mendorong atau cuba untuk mendorong mana-mana pegawai sedemikian supaya tidak memberikan perkhidmatannya atau supaya melakukan pelanggaran tatatertib, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau kedua-duanya.

(2)

Mana-mana pegawai Agensi boleh menangkap tanpa waran mana-mana orang yang semunasabahnya disyaki telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini.

Report