Agensi Inovasi Malaysia Act 2010 · Updated to 1 Dec 2016 · Bahagian IV
23. Kumpulan Wang Inovasi
Feedback & support(1)
Bagi maksud Akta ini, Agensi hendaklah menubuhkan dan menyenggara suatu Kumpulan Wang Inovasi.
(2)
Kumpulan Wang Inovasi hendaklah terdiri daripada semua wang dan harta yang diterima oleh Agensi daripada Kerajaan, mana-mana organisasi, pertubuhan perbadanan atau institusi semata-mata bagi maksud aktiviti dan inisiatif penyelidikan yang berhubungan dengan inovasi, dan hendaklah dibayar bagi maksud yang serupa, termasuklah pembiayaan inovasi terpilih yang ditentukan oleh
Agensi.