Agensi Inovasi Malaysia Act 2010 · Updated to 1 Dec 2016 · Bahagian IV
27. Akaun dan laporan
Feedback & supportAgensi hendaklah menyebabkan supaya disimpan akaun yang sewajarnya bagi Kumpulan Wang Operasi dan Kumpulan Wang
Inovasi dan laporan aktivitinya dan hendaklah, seberapa cepat yang dapat dilaksanakan selepas berakhirnya setiap tahun kewangan, menyebabkan supaya disediakan bagi tahun kewangan itu—
suatu penyata akaun
Agensi yang hendaklah mengandungi suatu kunci kira-kira dan akaun pendapatan dan perbelanjaan; dan
suatu penyata aktivitinya.
Agensi hendaklah seberapa segera yang mungkin menghantar suatu salinan penyata akaun dan penyata aktiviti yang disebut dalam subseksyen (1) yang diperakukan oleh Ketua Audit Negara dan suatu salinan laporan Ketua Audit Negara kepada Perdana Menteri yang hendaklah menyebabkan penyata akaun, penyata aktiviti dan laporan
Ketua Audit Negara itu dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis
Parlimen.
Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980
[Akta 240] hendaklah terpakai bagi Agensi.