Skip to content

Seksyen 29

Pemerolehan harta intelek

of Akta Agensi Inovasi Malaysia 2010

ActIn forceProvision 29 of 46
Seksyen 29
(1)

Harta intelek dalam mana-mana dapatan penyelidikan atau projek yang dibiayai sepenuhnya atau sebahagiannya oleh Kerajaan dan mana-mana badan atau organisasi swasta boleh diperoleh oleh

Agensi tertakluk kepada terma apa-apa perjanjian antara Agensi dengan badan atau organisasi swasta itu.

(2)

Agensi boleh memperoleh apa-apa harta intelek dalam mana-mana dapatan penyelidikan atau projek milik persendirian dengan membuat perjanjian dengan pemilik itu dan harta intelek yang diperoleh di bawah subseksyen ini hendaklah didaftarkan dalam khazanah pusat harta intelek negara.