Seksyen 30
Hak untuk mempromosikan, membangunkan dan mengkomersialkan harta intelek
of Akta Agensi Inovasi Malaysia 2010
ActIn forceProvision 30 of 46
Seksyen 30
(1)
Tertakluk kepada subseksyen (2), Agensi hendaklah mempunyai hak untuk mempromosikan, membangunkan dan mengkomersialkan mana-mana harta intelek yang didaftarkan dalam khazanah pusat harta intelek negara.
(2)
Agensi hendaklah, sebelum mempromosikan, membangunkan atau mengkomersialkan harta intelek di bawah seksyen 29, mendapatkan persetujuan pemilik harta intelek itu.