Seksyen 33
of Akta Agensi Inovasi Malaysia 2010
Seksyen 33
Agensi boleh menubuhkan syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125] untuk menjalankan dan menjaga, mengelola dan menguruskan apa-apa aktiviti, projek atau inisiatif yang telah dirancangkan atau diusahakan oleh Agensi pada melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya.
(2)
Agensi boleh, dalam menunaikan fungsinya dan dengan kelulusan Perdana Menteri—
(a)
menyertai apa-apa perkongsian, usaha sama, pengusahaan atau apa-apa bentuk kerjasama atau perkiraan lain untuk perkongsian keuntungan atau menjalankan aktivitinya bersama, atau selainnya, dengan mana-mana orang, pihak berkuasa awam atau kerajaan yang menjalankan atau terlibat dalam aktiviti itu; atau
(b)
mengambil atau selainnya memperoleh syer dan sekuriti dalam mana-mana pihak berkuasa awam, perbadanan atau badan lain yang menjalankan urusan berkaitan dengan pengkomersialan inovasi dan boleh menjual, memegang atau menerbitkan semula syer atau sekuriti itu atau selainnya melupuskan atau berurusan dengannya.
(3)
Tertakluk kepada kelulusan Perdana Menteri dan Menteri
Kewangan, Agensi hendaklah melepaskan kepentingannya dalam syarikat yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) dalam tempoh tujuh tahun selepas penubuhannya.