Seksyen 36
Kuasa untuk mewakilkan fungsi dan kuasa
of Akta Agensi Inovasi Malaysia 2010
Agensi boleh, secara bertulis, mewakilkan mana-mana fungsi dan kuasanya selain kuasanya untuk mengambil khidmat ejen, meminjam dan menubuhkan syarikat, kepada—
(a)
Pengerusi;
(b)
anggota Majlis;
(c)
jawatankuasa; atau
(d)
Ketua Pegawai Eksekutif.
(2)
Pengerusi, anggota Majlis, jawatankuasa atau Ketua Pegawai
Eksekutif, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang diwakilkan dengan fungsi atau kuasa sedemikian adalah terikat untuk mematuhi dan mengambil kira semua syarat dan sekatan yang dikenakan oleh
Agensi dan semua kehendak, tatacara dan perkara yang dinyatakan oleh Agensi.
(3)
Mana-mana fungsi atau kuasa yang diwakilkan di bawah seksyen ini hendaklah dilaksanakan dan dijalankan atas nama dan bagi pihak Agensi.
(4)
Pewakilan di bawah seksyen ini tidak menghalang Agensi daripada melaksanakan atau menjalankan sendiri mana-mana fungsi atau kuasa yang telah diwakilkan itu pada bila-bila masa.
30 Undang-Undang Malaysia AKTA 718