Act of Parliament · Updated to 1 Jan 2006
Private Agencies Act 1971
Control of the business of private agenciesOfficial textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
s 1Tajuk ringkas dan pemakaian
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Agensi Persendirian 1971
dan hendaklah terpakai di seluruh Malaysia.
s 2Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“agensi persendirian” ertinya seseorang yang menjalankan perniagaan agensi persendirian sebagaimana yang ditakrifkan di bawah;
“agensi persendirian berlesen” ertinya agensi persendirian yang lesen bagi perniagaannya telah dikeluarkan di bawah seksyen 3;
“agensi persendirian tidak berlesen” ertinya agensi persendirian yang lesen bagi perniagaannya tidak dikeluarkan di bawah seksyen 3;
“Menteri” ertinya Menteri yang bertanggungjawab bagi keselamatan dalam negeri; dan, jika Menteri telah mewakilkan mana-mana atau semua kuasa dan kewajipannya di bawah seksyen 17, ungkapan “Menteri” itu termasuklah, setakat yang kuasa dan kewajipan itu telah diwakilkan, seseorang yang telah diwakilkan dengan kuasa atau kewajipan itu;
s 027bSection 027b
fm Page 5 Monday, March 27, 2006 5:21 PM
6
Undang-Undang Malaysia
“surat kelulusan” ertinya surat kelulusan yang dikeluarkan di bawah seksyen 9;
“perniagaan agensi persendirian” ertinya perniagaan atau aktiviti yang dijalankan oleh seseorang bagi maksud—
mengadakan pengawalan dan perlindungan bagi keselamatan diri orang lain atau bagi keselamatan harta atau perniagaan orang lain itu; atau
mendapatkan dan memberi maklumat mengenai kelakuan, aktiviti atau hal ehwal orang lain.
Tiada seorang pun boleh menjalankan perniagaan agensi persendirian kecuali menurut dan mengikut suatu lesen yang dikeluarkan oleh atau bagi pihak Menteri dan melainkan jika suatu deposit mengenai perniagaan itu telah dibayar mengikut sebagaimana yang diperuntukkan oleh atau di bawah subseksyen
.
Seseorang yang hendak menjalankan perniagaan agensi persendirian hendaklah memohon kepada Menteri untuk mendapatkan suatu lesen dan, tertakluk kepada peruntukan subseksyen yang berikut, Menteri boleh mengeluarkan lesen itu atau enggan mengeluarkannya; dan apabila mengeluarkan lesen itu atau membaharuinya di bawah subseksyen (4) Menteri boleh mengenakan syarat ke atas lesen itu sebagaimana yang difikirkannya perlu bagi maksud melaksanakan peruntukan Akta ini.
Tiada lesen boleh dikeluarkan di bawah Akta ini atau jika dikeluarkan, tiada perniagaan agensi persendirian boleh dijalankan, melainkan jika suatu deposit sebanyak dan mengikut cara yang ditetapkan oleh Menteri telah dibayar, disimpan dan terus disimpan dengan Akauntan Negara.
Menjadi suatu syarat bahawa sebelum sesuatu lesen dikeluarkan di bawah seksyen ini pemohon hendaklah membayar bayaran yang ditetapkan oleh Menteri dan lesen itu hendaklah habis tempohnya tidak lewat daripada akhir tahun kalendar yang dalamnya lesen itu bermula, tetapi boleh dibaharui tiap-tiap tahun dengan membayar bayaran yang tersebut di atas itu.
s 027bSection 027b
fm Page 6 Monday, March 27, 2006 5:21 PM
Agensi Persendirian 7
Menteri boleh dengan perintah mengecualikan mana-mana orang atau golongan orang daripada peruntukan seksyen ini.
Jika pada pendapat Menteri sesuatu agensi persendirian berlesen menjalankan perniagaannya atau mengambil bahagian dalam aktiviti atau perniagaannya digunakan bagi sesuatu maksud yang memudaratkan keamanan, kebajikan dan ketenteraman dalam
Persekutuan, atau melanggar Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain, tertakluk kepada subseksyen (4)
Menteri boleh membatalkan atau mengkensel atau menggantung lesen yang dikeluarkan kepada agensi persendirian berlesen itu.
Jika pembatalan, pengkenselan atau penggantungan sesuatu lesen di bawah seksyen ini dibuat oleh seseorang yang telah diwakilkan oleh Menteri di bawah seksyen ini dengan kuasanya menurut seksyen 17, sesuatu agensi persendirian berlesen yang tidak puas hati dengan pembatalan, pengkenselan atau penggantungan lesennya itu boleh merayu kepada Menteri dalam masa 14 hari selepas pembatalan, pengkenselan atau penggantungan itu.
Keputusan
Menteri membatalkan, mengkensel atau menggantung lesen di bawah subseksyen (1) atau keputusan yang dibuat atas sesuatu rayuan di bawah subseksyen (2) muktamad dan tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah.
Sebelum membatalkan, mengkensel atau menggantung sesuatu lesen, Menteri hendaklah memberikan peluang kepada agensi persendirian berlesen yang berkenaan itu untuk menunjukkan sebab mengapa lesen itu tidak patut dibatalkan, dikensel atau digantung, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Jika lesen sesuatu agensi persendirian dibatalkan, dikensel atau digantung di bawah subseksyen ini, deposit yang disimpan di bawah subseksyen 3(3) hendaklah dilucuthakkan oleh Kerajaan dan dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan.
s 5Senarai hendaklah disiarkan
Menteri hendaklah, dalam bulan Mac tiap-tiap tahun, menyebabkan supaya disiarkan dalam Warta suatu senarai agensi 027b.fm Page 7 Monday, March 27, 2006 5:21 PM
8
Undang-Undang Malaysia persendirian berlesen, dan tambahan kepada dan potongan daripada senarai itu hendaklah disiarkan dari semasa ke semasa apabila tambahan atau potongan itu dibuat.
s 6Peruntukan khas berhubung dengan kesalahan boleh tangkap
Tiada apa-apa jua dalam Akta ini mengehakkan sesuatu agensi persendirian berlesen untuk menyiasat berkenaan dengan sesuatu kesalahan boleh tangkap dan jika dalam masa perjalanan urusan atau selainnya sesuatu agensi persendirian berlesen atau pekerjanya mendapat sesuatu maklumat berhubung dengan sesuatu kesalahan boleh tangkap (sama ada telah dilakukan atau akan dilakukan) agensi persendirian berlesen itu atau pekerjanya itu hendaklah menyampaikan maklumat itu kepada seseorang pegawai polis atau membuat laporan di balai polis yang hampir sekali.
Tiap-tiap agensi persendirian berlesen hendaklah mengadakan dan mengeluarkan kertas pengenalan kepada pekerjanya mengikut bentuk dan mengandungi butir-butir yang ditetapkan oleh Menteri.
Tiap-tiap pekerja sesuatu agensi persendirian berlesen hendaklah sentiasa membawa kertas pengenalan dan menunjukkannya untuk diperiksa apabila dikehendaki oleh seseorang pegawai polis dan hendaklah menyerahkan kertas pengenalan itu kepada agensi persendirian berlesen, itu apabila berhenti bekerja.
s 8Kuasa pegawai polis untuk memeriksa
Seseorang pegawai polis boleh memeriksa kertas pengenalan yang dikeluarkan di bawah seksyen 7 dan boleh juga memeriksa lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen 3.
Tiada seorang pun boleh diambil berkerja dalam apa-apa jua jawatan oleh sesuatu agensi persendirian berlesen melainkan 027b.fm Page 8 Monday, March 27, 2006 5:21 PM
Agensi Persendirian 9
jika suatu surat kelulusan telah dikeluarkan mengenai orang itu oleh Pesuruhjaya Polis atau Ketua Pegawai Polis.
Sesuatu agensi persendirian berlesen yang hendak mengambil berkerja seseorang hendaklah memohon suatu surat kelulusan daripada Pesuruhjaya Polis atau Ketua Pegawai Polis bagi Negeri di mana orang itu biasanya tinggal atau, jika dia biasanya tinggal di luar Malaysia, kepada Pesuruhjaya Polis atau Ketua Pegawai
Polis bagi Negeri di mana agensi persendirian berlesen itu mempunyai pejabat berdaftarnya, dan permohonan itu hendaklah mengikut bentuk dan mengandungi butir-butir yang ditetapkan oleh Menteri.
Apabila sesuatu permohonan untuk surat kelulusan diterima,
Pesuruhjaya Polis atau Ketua Pegawai Polis boleh, selepas menjalankan siasatan yang difikirkannya sesuai, mengeluarkan suatu surat kelulusan.
Bagi maksud menjalankan siasatan di bawah subseksyen
, Pesuruhjaya Polis atau Ketua Pegawai Polis boleh menghendaki orang yang hendak diambil kerja itu supaya mematuhi segala langkah yang semunasabahnya perlu bagi mengambil dan merekodkan cap jarinya.
Pesuruhjaya Polis atau Ketua Pegawai Polis boleh enggan mengeluarkan sesuatu surat kelulusan.
Seseorang yang permohonannya untuk surat kelulusan telah ditolak boleh merayu kepada Menteri dalam masa 14 hari selepas tarikh penolakan itu dan Menteri boleh mengesahkan keputusan itu atau mengarahkan supaya surat kelulusan dikeluarkan.
Keputusan Menteri atas sesuatu rayuan di bawah subseksyen
muktamad.
s 10Uniform, lencana atau lambang
Tertakluk kepada mana-mana undang-undang berhubung dengan uniform, lencana atau lambang, sesuatu uniform, lencana atau lambang yang dicadang untuk dipakai oleh pekerja agensi persendirian berlesen hendaklah terlebih dahulu diluluskan oleh
Menteri.
s 027bSection 027b
fm Page 9 Monday, March 27, 2006 5:21 PM
10
Undang-Undang Malaysia
Jika Menteri ada sebab bagi mempercayai bahawa sesuatu agensi persendirian berlesen menjalankan perniagaannya atau mengambil bahagian dalam aktiviti atau bahawa perniagaannya digunakan bagi maksud yang memudaratkan keamanan, kebajikan dan ketenteraman dalam Persekutuan, Menteri boleh, secara bertulis, memberi kuasa seseorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Penolong Penguasa untuk memasuki mana-mana tempat yang Menteri ada sebab bagi mempercayai digunakan sebagai tempat perjumpaan atau perniagaan agensi persendirian itu.
Seseorang pegawai yang diberi kuasa untuk menjalankan kuasa masuk di bawah seksyen ini boleh, tanpa waran dan dengan bantuan atau tanpa bantuan dan dengan menggunakan kekerasan bagi maksud itu jika perlu, memasuki tempat itu dan boleh menggeledah tempat itu dan memeriksa sesiapa jua yang dijumpai di dalamnya atau yang lari dari tempat itu:
Dengan syarat bahawa tiada seorang perempuan pun boleh diperiksa di bawah subseksyen ini kecuali oleh seorang perempuan.
Seseorang pegawai yang diberi kuasa untuk menjalankan kuasa masuk di bawah seksyen ini boleh mengambil apa-apa suratan, atau benda lain yang dipercayai dengan semunasabahnya menjadi atau mengandungi keterangan berhubung dengan perniagaan atau aktiviti yang disebut dalam subseksyen (1).
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan menyentuh kuasa seseorang pegawai polis di bawah Kanun
Tatacara Jenayah [Akta 593] atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain.
Jika Menteri ada sebab bagi mempercayai bahawa perniagaan sesuatu agensi persendirian tidak berlesen dijalankan atau bahawa mana-mana buku, akaun atau suratan lain agensi persendirian tidak berlesen itu ada disimpan atau diletakkan di dalam sesuatu premis atau tempat, Menteri boleh, secara bertulis, memberi kuasa seseorang pegawai polis yang berpangkat tidak 027b.fm Page 10 Monday, March 27, 2006 5:21 PM
Agensi Persendirian 11 11
rendah daripada Penolong Penguasa untuk memasuki mana-mana premis atau tempat itu.
Seseorang pegawai yang diberi kuasa untuk menjalankan kuasa masuk di bawah seksyen ini boleh, tanpa waran dan dengan bantuan atau tanpa bantuan dan dengan menggunakan kekerasan bagi maksud itu jika perlu, memasuki tempat itu dan boleh menggeledah tempat itu dan memeriksa sesiapa jua yang dijumpai di dalamnya atau yang lari dari tempat itu:
Dengan syarat bahawa tiada seorang perempuan pun boleh diperiksa di bawah subseksyen ini kecuali oleh seorang perempuan.
Seseorang pegawai yang diberi kuasa untuk menjalankan kuasa masuk di bawah seksyen ini boleh mengambil apa-apa buku, akaun atau dokumen lain yang dipercayai dengan semunasabahnya menjadi atau mengandungi keterangan berhubung dengan perniagaan sesuatu agensi persendirian tidak berlesen.
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan menyentuh kuasa seseorang pegawai polis di bawah Kanun
Tatacara Jenayah atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain.
s 13Pernyataan palsu
Jika mana-mana orang—
memberikan butir-butir yang, pada pengetahuannya, palsu atau mengelirukan tentang sesuatu perkara material, berhubung dengan sesuatu permohonan lesen di bawah seksyen 3; atau
dengan tujuan hendak mendorong Pesuruhjaya Polis atau Ketua Pegawai Polis memberi surat kelulusan, membuat sesuatu pernyataan atau akuan yang, pada pengetahuannya, palsu atau tidak betul, sama ada kesemuanya atau sebahagiannya, atau mengelirukan tentang sesuatu perkara material, dia adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua belas bulan atau kedua-duanya.
s 027bSection 027b
fm Page 11 Monday, March 27, 2006 5:21 PM
12
Undang-Undang Malaysia
s 14Penalti am
Seseorang yang melanggar peruntukan Akta ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
s 15Kesalahan boleh tangkap
Sesuatu kesalahan di bawah Akta ini ialah kesalahan boleh tangkap mengikut pengertian undang-undang yang berhubungan dengan tatacara jenayah.
Jika sesuatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan oleh suatu kumpulan orang sama ada diperbadankan atau tidak, sesiapa jua yang pada masa kesalahan itu dilakukan menjadi pengarah, pengurus, setiausaha atau seseorang pegawai lain yang seumpamanya bagi kumpulan orang itu atau yang berupa sebagai menjalankan tugas dalam mana-mana jawatan itu, hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa persetujuannya atau tanpa dibiarkan olehnya, dan bahawa dia telah menjalankan usaha sebagaimana yang patut dijalankan olehnya bagi mencegah kesalahan itu daripada dilakukan memandangkan jenis fungsinya dalam jawatan itu dan segala hal keadaan.
Seseorang yang akan bersalah atas suatu kesalahan, jika sesuatu perkara dilakukan atau tidak dilakukan olehnya sendiri, bersalah atas kesalahan itu dan boleh dikenakan penalti yang sama jika perkara itu dilakukan atau tidak dilakukan oleh pekongsi, ejen atau penjawatnya dalam masa urusan perkongsian atau dalam masa perjalanan kerjanya, mengikut mana-mana yang berkenaan, melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya atau tanpa persetujuannya dan bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah untuk mencegah perkara itu daripada dilakukan atau tidak dilakukan:
Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam ini boleh melepaskan pekongsi, ejen atau penjawat itu daripada boleh didakwa.
s 027bSection 027b
fm Page 12 Monday, March 27, 2006 5:21 PM
Agensi Persendirian 13 13
Menteri boleh, secara bertulis, mewakilkan semua atau mana-mana kuasa dan kewajipannya di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya kepada seseorang pegawai dalam perkhidmatan awam Persekutuan dan boleh pada bila-bila masa membatalkan pewakilan kuasa dan kewajipan itu.
Tiada apa-apa pewakilan kuasa dan kewajipan di bawah subseksyen (1) boleh menyentuh penjalanan kuasa atau kewajipan itu oleh Menteri.
s 18Kuasa membuat kaedah-kaedah
Menteri boleh membuat kaedah-kaedah secara am untuk melaksanakan peruntukan Akta ini dan kaedah-kaedah itu boleh—
menetapkan fi atau caj yang perlu bagi maksud Akta ini;
membuat peruntukan mengenai maklumat dan suratan yang akan diberikan bagi maksud permohonan lesen atau surat kelulusan;
membuat peruntukan mengenai pengambilan dan perekodan fotograf orang yang memohon lesen atau surat kelulusan;
menetapkan jumlah dan jenis deposit yang akan disimpan dengan Akauntan Negara di bawah seksyen 3;
menetapkan bentuk lesen yang akan dikeluarkan di bawah seksyen 3 dan bentuk kertas pengenalan di bawah seksyen 7;
membuat peruntukan mengenai hal meluluskan uniform, lencana atau lambang yang akan dipakai oleh seseorang pekerja sesuatu agensi persendirian berlesen;
menetapkan daftar pekerja yang akan disenggarakan oleh sesuatu agensi persendirian berlesen dan membuat peruntukan mengenai pemeriksaannya;
s 027bSection 027b
fm Page 13 Monday, March 27, 2006 5:21 PM
14
Undang-Undang Malaysia
menetapkan bahawa sesuatu perbuatan yang dilakukan atau tidak dilakukan bersalahan dengan peruntukan mana-mana kaedah itu adalah menjadi suatu kesalahan;
mengadakan peruntukan peralihan berhubung dengan perniagaan agensi persendirian yang telah dijalankan sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini;
membuat peruntukan secara am bagi maksud melaksanakan Akta ini.
Setakat yang mana-mana peruntukan Akta ini berhubung dengan sesuatu perniagaan atau syarikat, peruntukan itu hendaklah ditafsirkan sebagai tambahan kepada dan bukan sebagai pengurangan kuasa peruntukan mana-mana undang-undang bertulis berhubung dengan pendaftaran perniagaan atau berhubung dengan syarikat.
Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh—
ditafsirkan sebagai memberi sesuatu agensi persendirian berlesen atau pekerjanya mana-mana kuasa yang diberikan oleh mana-mana undang-undang bertulis kepada dan yang boleh dijalankan oleh seseorang pegawai polis, pegawai kastam, pegawai imigresen, pegawai penjara atau mana-mana pegawai awam yang lain;
memberi kuasa sesuatu agensi persendirian berlesen atau pekerjanya untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang jika dilakukan atau tidak dilakukan adalah bersalahan dengan sesuatu undang-undang bertulis.
s 20Pemansuhan
Ordinan No. 58 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1970 adalah dimansuhkan.
s 027bSection 027b
fm Page 14 Monday, March 27, 2006 5:21 PM
15 15
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
Akta 160
Akta Mata Wang Malaysia (Ringgit)
1975 29-08-1975 027b.fm Page 15 Monday, March 27, 2006 5:21 PM
16
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari 13
Akta 160 29-08-1975 14
Akta 160 29-08-1975 027b.fm Page 16 Monday, March 27, 2006 5:21 PM