Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

19. Kecualian

(1)

Setakat yang mana-mana peruntukan Akta ini berhubung dengan sesuatu perniagaan atau syarikat, peruntukan itu hendaklah ditafsirkan sebagai tambahan kepada dan bukan sebagai pengurangan kuasa peruntukan mana-mana undang-undang bertulis berhubung dengan pendaftaran perniagaan atau berhubung dengan syarikat.

(2)

Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh—

(i)

ditafsirkan sebagai memberi sesuatu agensi persendirian berlesen atau pekerjanya mana-mana kuasa yang diberikan oleh mana-mana undang-undang bertulis kepada dan yang boleh dijalankan oleh seseorang pegawai polis, pegawai kastam, pegawai imigresen, pegawai penjara atau mana-mana pegawai awam yang lain;

(ii)

memberi kuasa sesuatu agensi persendirian berlesen atau pekerjanya untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang jika dilakukan atau tidak dilakukan adalah bersalahan dengan sesuatu undang-undang bertulis.

Report