Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

12. Kuasa untuk memasuki dan menggeledah premis yang disyaki digunakan oleh agensi persendirian yang tidak berlesen

(1)

Jika Menteri ada sebab bagi mempercayai bahawa perniagaan sesuatu agensi persendirian tidak berlesen dijalankan atau bahawa mana-mana buku, akaun atau suratan lain agensi persendirian tidak berlesen itu ada disimpan atau diletakkan di dalam sesuatu premis atau tempat, Menteri boleh, secara bertulis, memberi kuasa seseorang pegawai polis yang berpangkat tidak 027b.fm Page 10 Monday, March 27, 2006 5:21 PM

Agensi Persendirian 11 11

rendah daripada Penolong Penguasa untuk memasuki mana-mana premis atau tempat itu.

(2)

Seseorang pegawai yang diberi kuasa untuk menjalankan kuasa masuk di bawah seksyen ini boleh, tanpa waran dan dengan bantuan atau tanpa bantuan dan dengan menggunakan kekerasan bagi maksud itu jika perlu, memasuki tempat itu dan boleh menggeledah tempat itu dan memeriksa sesiapa jua yang dijumpai di dalamnya atau yang lari dari tempat itu:

Dengan syarat bahawa tiada seorang perempuan pun boleh diperiksa di bawah subseksyen ini kecuali oleh seorang perempuan.

(3)

Seseorang pegawai yang diberi kuasa untuk menjalankan kuasa masuk di bawah seksyen ini boleh mengambil apa-apa buku, akaun atau dokumen lain yang dipercayai dengan semunasabahnya menjadi atau mengandungi keterangan berhubung dengan perniagaan sesuatu agensi persendirian tidak berlesen.

(4)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan menyentuh kuasa seseorang pegawai polis di bawah Kanun

Tatacara Jenayah atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain.

Report