Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

16. Tanggungan pengarah, dsb

(1)

Jika sesuatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan oleh suatu kumpulan orang sama ada diperbadankan atau tidak, sesiapa jua yang pada masa kesalahan itu dilakukan menjadi pengarah, pengurus, setiausaha atau seseorang pegawai lain yang seumpamanya bagi kumpulan orang itu atau yang berupa sebagai menjalankan tugas dalam mana-mana jawatan itu, hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa persetujuannya atau tanpa dibiarkan olehnya, dan bahawa dia telah menjalankan usaha sebagaimana yang patut dijalankan olehnya bagi mencegah kesalahan itu daripada dilakukan memandangkan jenis fungsinya dalam jawatan itu dan segala hal keadaan.

(2)

Seseorang yang akan bersalah atas suatu kesalahan, jika sesuatu perkara dilakukan atau tidak dilakukan olehnya sendiri, bersalah atas kesalahan itu dan boleh dikenakan penalti yang sama jika perkara itu dilakukan atau tidak dilakukan oleh pekongsi, ejen atau penjawatnya dalam masa urusan perkongsian atau dalam masa perjalanan kerjanya, mengikut mana-mana yang berkenaan, melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya atau tanpa persetujuannya dan bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah untuk mencegah perkara itu daripada dilakukan atau tidak dilakukan:

Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam ini boleh melepaskan pekongsi, ejen atau penjawat itu daripada boleh didakwa.

Report