Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

17. Kuasa Menteri untuk mewakilkan kuasa dan kewajipan

(1)

Menteri boleh, secara bertulis, mewakilkan semua atau mana-mana kuasa dan kewajipannya di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya kepada seseorang pegawai dalam perkhidmatan awam Persekutuan dan boleh pada bila-bila masa membatalkan pewakilan kuasa dan kewajipan itu.

(2)

Tiada apa-apa pewakilan kuasa dan kewajipan di bawah subseksyen (1) boleh menyentuh penjalanan kuasa atau kewajipan itu oleh Menteri.

Report