Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 · Updated to 30 Sep 2025 · Bahagian II · Majlis bagi Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran
10. Penubuhan jawatankuasa
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Majlis boleh menubuhkan jawatankuasa yang difikirkannya perlu atau suai manfaat untuk membantunya melaksanakan fungsinya dan menjalankan kuasanya di bawah Akta ini.
Suatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1)—
hendaklah dipengerusikan oleh mana-mana anggota Majlis yang dinyatakan di bawah perenggan 6(2)(b) hingga (m);
hendaklah mematuhi dan bertindak mengikut apa-apa arahan yang diberikan kepadanya oleh Majlis; dan
boleh menetapkan tatacaranya sendiri.
Anggota jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1)
boleh dilantik daripada kalangan anggota Majlis atau mana-mana orang lain sebagaimana yang difikirkan patut oleh Majlis.
Kecuali bagi anggota jawatankuasa yang dilantik daripada kalangan anggota Majlis, mana-mana orang lain yang dilantik sebagai anggota jawatankuasa boleh dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.
Anggota sesuatu jawatankuasa hendaklah memegang jawatan selama apa-apa tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam surat pelantikannya dan layak untuk dilantik semula.
Antipemerdagangan Orang dan
Antipenyeludupan Migran 2007 21
Majlis boleh membatalkan pelantikan mana-mana anggota sesuatu jawatankuasa tanpa memberi apa-apa sebab bagi pembatalan itu.
Anggota sesuatu jawatankuasa boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatan dengan memberikan notis secara bertulis kepada pengerusi jawatankuasa itu.
Majlis boleh, pada bila-bila masa, memberhentikan atau mengubah keanggotaan sesuatu jawatankuasa.
Sesuatu jawatankuasa hendaklah mengadakan mesyuaratnya pada masa dan di tempat sebagaimana yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa.
Sesuatu jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mesyuarat jawatankuasa bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang dibincangkan tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat tersebut.
Mana-mana orang yang diundang di bawah subseksyen (10)
boleh dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh
Menteri.
Bahagian III
Bahagian IV
Penguatkuasaan
Bahagian V
Bahagian VI