Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 · Updated to 30 Sep 2025 · Bahagian VI · Pelbagai
Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 · Updated to 30 Sep 2025 · Bahagian VI · Pelbagai
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, apa-apa laporan media massa mengenai—
apa-apa langkah yang diambil berhubung dengan orang yang diperdagangkan atau migran yang diseludup dalam mana-mana prosiding sama ada pada peringkat sebelum perbicaraan, perbicaraan atau selepas perbicaraan;
mana-mana orang yang diperdagangkan yang berkenaan dengannya jagaan atau perlindungan diberikan di bawah
Bahagian V; atau
apa-apa perkara lain di bawah Akta ini, tidak boleh mendedahkan nama atau alamat, atau memasukkan apa-apa butiran yang dikira boleh membawa kepada pengenalpastian mana-mana orang yang diperdagangkan atau migran yang diseludup yang terlibat sedemikian sama ada sebagai orang yang diperdagangkan atau migran yang diseludup atau sebagai seorang saksi dalam mana-mana prosiding.
Undang-Undang Malaysia 58
Gambar—
mana-mana orang yang diperdagangkan atau migran yang diseludup dalam mana-mana perkara yang disebut dalam subseksyen (1); atau
mana-mana orang, tempat atau benda lain yang mungkin membawa kepada pengenalpastian orang yang diperdagangkan atau migran yang diseludup, tidak boleh disiarkan dalam mana-mana akhbar atau majalah atau disampaikan melalui apa-apa perantara elektronik.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (2)
melakukan suatu kesalahan.