Skip to content
In forceAmendedUpdated to 30 Sep 2025Read it in English

Act of Parliament

Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007

Preventing and fighting human trafficking and migrant smuggling

Bahagian I

Permulaan

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan **Akta Antipemerdagangan

Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh

Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta, dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi mula berkuat kuasanya peruntukan yang berlainan Akta ini.

*AKTA ANTIPEMERDAGANGAN ORANG DAN

*CATATAN—Sebelum ini disebut sebagai Akta Antipemerdagangan Orang 2007. Tajuk ringkas dipinda oleh seksyen 3 Akta Antipemerdagangan Orang (Pindaan) 2010 [Akta A1385] mula berkuat kuasa pada 15 November 2010–lihat P.U. (B) 500/2010.

**CATATAN—Segala sebutan mengenai Akta Antipemerdagangan Orang 2007 dan Majlis

Antipemerdagangan Orang dalam mana-mana undang-undang bertulis atau dokumen hendaklah, apabila Akta ini mula berkuat kuasa, masing-masing ditafsirkan sebagai sebutan mengenai

Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dan Majlis Antipemerdagangan

Orang dan Antipenyeludupan Migran–lihat seksyen 26 Akta Antipemerdagangan Orang (Pindaan) 2010

[Akta A1385] mula berkuat kuasa pada 15 November 2010–lihat P.U. (B) 500/2010.

Undang-Undang Malaysia 10

s 2Tafsiran

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“Akta ini” termasuklah apa-apa perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini;

“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh Menteri melalui peraturan-peraturan;

“dokumen perjalanan atau pengenalan diri fraud” ertinya sesuatu dokumen perjalanan atau pengenalan diri yang—

(a)

telah dibuat, atau diubah dalam bentuk yang material, oleh seseorang selain orang atau agensi yang diberi kuasa yang sah untuk membuat atau mengeluarkan dokumen perjalanan atau pengenalan diri bagi pihak sesebuah negara;

(b)

telah dikeluarkan atau telah diperoleh melalui salah nyataan, rasuah atau dures atau dalam apa-apa cara lain yang menyalahi undang-undang; atau

(c)

sedang digunakan dengan salah oleh seseorang selain pemegang yang sah;

“eksploitasi” termasuklah segala bentuk eksploitasi seks, kerja atau perkhidmatan paksa, perhambaan atau amalan yang menyerupai perhambaan, pengabdian, apa-apa aktiviti yang menyalahi undang-undang atau pemindahan organ manusia;

“kanak-kanak” ertinya seseorang yang di bawah umur lapan belas tahun;

“Mahkamah” ertinya Mahkamah Sesyen;

“Majlis” ertinya Majlis bagi Antipemerdagangan Orang dan

Antipenyeludupan Migran yang ditubuhkan di bawah seksyen 6;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi keselamatan dalam negeri;

Antipemerdagangan Orang dan

Antipenyeludupan Migran 2007 11

“migran yang diseludup” ertinya seseorang yang menjadi objek perbuatan penyeludupan migran, tidak kira sama ada orang itu turut serta dalam perbuatan penyeludupan migran itu;

“negara penerima” ertinya suatu negara yang ke dalamnya orang yang diperdagangkan atau migran yang diseludup dibawa sebagai sebahagian daripada perbuatan pemerdagangan orang atau penyeludupan migran, mengikut mana-mana yang berkenaan;

“negara transit” ertinya suatu negara yang darinya, atau yang ke dalam atau melaluinya, orang yang diperdagangkan atau migran yang diseludup, mengikut mana-mana yang berkenaan, dibawa atau membuat perjalanan melalui darat, laut atau udara atau tinggal secara sementara di dalamnya sebagai sebahagian daripada perbuatan pemerdagangan orang atau penyeludupan migran;

“orang yang diperdagangkan” ertinya mana-mana orang yang menjadi mangsa atau objek perbuatan pemerdagangan orang;

“pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya oleh Akta Agensi

Penguatkuasaan Maritim Malaysia 2004 [Akta 633];

“Pegawai Tenaga Kerja” ertinya Pegawai Tenaga Kerja yang dilantik di bawah seksyen 3 Akta Kerja 1955 [Akta 265] atau seksyen 3 Ordinan Buruh Sabah [Sabah Bab 67] atau seksyen 3

Ordinan Buruh Sarawak [Sarawak Bab 76];

“pegawai imigresen” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya oleh Akta Imigresen 1959/63 [Akta 155];

“Pegawai kastam” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya oleh Akta Kastam 1967 [Akta 235];

“Pegawai Kebajikan Masyarakat” ertinya mana-mana Pegawai

Kebajikan Masyarakat di kementerian atau jabatan yang bertanggungjawab bagi perkhidmatan kebajikan dan termasuklah mana-mana Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat;

“Pegawai Pelindung” ertinya mana-mana pegawai yang dilantik di bawah seksyen 43;

Undang-Undang Malaysia 12

“pegawai penguat kuasa” ertinya mana-mana pegawai yang dinyatakan dalam subseksyen 27(1) atau mana-mana pegawai awam yang dilantik di bawah subseksyen 27(1a);

“pegawai perubatan” ertinya pengamal perubatan berdaftar dalam perkhidmatan Kerajaan dan termasuklah seseorang pengamal perubatan berdaftar di mana-mana hospital pelatih perubatan sesuatu Universiti;

“pemastautin tetap” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya oleh Akta Mahkamah Kehakiman 1964 [Akta 91];

“pemerdagangan orang” ertinya segala perbuatan merekrut, mengangkut, memindahkan, memperoleh, mengekalkan, melindungi, menyediakan atau menerima, seseorang, bagi maksud eksploitasi, dengan cara yang berikut:

(a)

ancaman atau penggunaan kekerasan atau bentuk paksaan yang lain;

(b)

pemelarian;

(c)

fraud;

(d)

perdayaan;

(e)

penyalahgunaan kuasa;

(f)

penyalahgunaan kedudukan orang yang mudah terdedah kepada bahaya perbuatan pemerdagangan orang; atau

(g)

pemberian atau penerimaan bayaran atau faedah untuk memperoleh kerelaan seseorang yang mempunyai kawalan ke atas orang yang diperdagangkan.

“pengangkut” ertinya mana-mana kenderaan, vesel, kapal, kapal udara, atau apa-apa cara pengangkutan lain sama ada melalui udara, laut atau darat;

“penyeludupan migran” ertinya—

(a)

mengatur, memudahkan atau merancang, secara langsung atau tidak langsung, kemasukan seseorang secara tidak sah ke dalam atau melalui, atau pengeluaran seseorang secara tidak sah dari mana-mana negara yang orang

Antipemerdagangan Orang dan

Antipenyeludupan Migran 2007 13

itu bukan warganegara atau pemastautin tetap sama ada dengan mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa kemasukan atau pengeluaran orang itu adalah tidak sah; dan

(b)

merekrut, mengangkut, memindahkan, menyembunyikan, melindungi atau menyediakan apa-apa bantuan atau perkhidmatan bagi tujuan melaksanakan perbuatan yang disebut dalam perenggan (a);

“Perintah Perlindungan” ertinya suatu perintah yang dibuat oleh

Majistret bagi jagaan dan perlindungan orang yang diperdagangkan di bawah perenggan 51(3)(a);

“premis” ertinya rumah, bangunan, kilang, tanah, tenemen, isemen mana-mana pemegangan, sama ada terbuka atau tertutup, sama ada dibina di dalamnya atau tidak, sama ada awam atau persendirian, dan sama ada disenggarakan atau tidak di bawah pihak berkuasa berkanun, dan termasuklah mana-mana kontena;

“tempat perlindungan” ertinya tempat perlindungan yang telah diisytiharkan oleh Menteri di bawah subseksyen 42(1) Akta ini.

s 3Ruang lingkup pemakaian

Kesalahan di bawah Akta ini terpakai, tidak kira sama ada perbuatan memulakan kesalahan itu berlaku di dalam atau di luar

Malaysia dan apa jua kerakyatan atau kewarganegaraan pesalah itu, dalam hal keadaan yang berikut:

(a)

jika Malaysia ialah negara penerima atau negara transit atau pengeksploitasian berlaku di dalam Malaysia; atau

(b)

jika negara penerima atau negara transit ialah negara asing tetapi pemerdagangan orang atau penyeludupan migran bermula di dalam Malaysia atau transit di Malaysia.

s 4Peluasan Akta kepada kesalahan luar wilayah

Apa-apa kesalahan di bawah Akta ini yang dilakukan—

(a)

di laut lepas dalam mana-mana kapal atau dalam mana-mana kapal udara yang didaftarkan di Malaysia;

Undang-Undang Malaysia 14

(b)

oleh mana-mana warganegara atau pemastautin tetap

Malaysia di laut lepas dalam mana-mana kapal atau dalam mana-mana kapal udara; atau

(c)

oleh seseorang warganegara atau seseorang pemastautin tetap di mana-mana tempat di luar kawasan dan melewati

Malaysia, boleh diuruskan seolah-olah telah dilakukan di mana-mana tempat di dalam Malaysia.

(1)

Peruntukan Akta ini hendaklah menjadi tambahan kepada, dan tidak mengurangkan, peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain yang berhubungan dengan pemerdagangan orang dan penyeludupan migran.

(2)

Sekiranya terdapat apa-apa percanggahan atau ketidakselarasan antara peruntukan Akta ini dengan peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain, peruntukan Akta ini hendaklah terpakai dan peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain yang bercanggah atau tidak selaras itu hendaklah, setakat percanggahan atau ketidakselarasan itu, disifatkan digantikan.

Bahagian Ia

JAWATANKUASA PERINGKAT TERTINGGI

Jawatankuasa Peringkat Tertinggi 5a.  (1)  Suatu Jawatankuasa Peringkat Tertinggi hendaklah ditubuhkan yang terdiri daripada Menteri bagi Kementerian yang merupakan anggota Majlis.

(2)

Jawatankuasa Peringkat Tertinggi hendaklah dipengerusikan oleh Menteri.

Antipemerdagangan Orang dan

Antipenyeludupan Migran 2007 15

Mesyuarat Jawatankuasa 5b. Jawatankuasa Peringkat Tertinggi hendaklah bermesyuarat dengan seberapa kerap yang perlu.

Fungsi Jawatankuasa 5c. Jawatankuasa Peringkat Tertinggi hendaklah menimbang teliti dan memutuskan syor yang dibuat oleh Majlis.

Bahagian II

Majlis bagi Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran

Bahagian III

Bahagian IV

Penguatkuasaan

Bahagian V

Bahagian VI

Pelbagai