Skip to content
In forceUpdated to 30 Sep 2025Read it in English
Contents

Bahagian V

42. Tempat perlindungan

(1)

Menteri boleh mengisytiharkan mana-mana rumah, bangunan atau tempat, atau mana-mana bahagian rumah, bangunan atau tempat itu, menjadi tempat perlindungan bagi jagaan dan perlindungan orang yang diperdagangkan dan boleh, dengan cara yang sama, mengisytiharkan bahawa tempat perlindungan itu terhenti menjadi suatu tempat perlindungan.

(2)

Menteri boleh, dari semasa ke semasa, mengarahkan pengasingan kategori berlainan orang yang diperdagangkan, antara lain, mengikut umur dan jantina sama ada di tempat perlindungan yang sama atau di tempat perlindungan yang berlainan.

Antipemerdagangan Orang dan

Antipenyeludupan Migran 2007 47

(3)

Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat hendaklah bertanggungjawab bagi apa-apa perkara yang berhubungan dengan pengurusan, pentadbiran dan kawalan ke atas tempat perlindungan yang diisytiharkan di bawah subseksyen (1), orang yang diperdagangkan di tempat perlindungan itu dan Pegawai

Pelindung yang dilantik di bawah seksyen 43.

(4)

Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat boleh memberikan apa-apa arahan mengikut apa-apa cara, sama ada secara am atau khusus bagi maksud yang disebut dalam subseksyen (3).

Report