Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 · Updated to 30 Sep 2025 · Bahagian IV · Penguatkuasaan
Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 · Updated to 30 Sep 2025 · Bahagian IV · Penguatkuasaan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Pegawai yang berikut hendaklah menjadi pegawai penguat kuasa bagi maksud Akta ini dan bolehlah menjalankan segala kuasa penguatkuasaan—
mana-mana pegawai polis;
mana-mana pegawai imigresen;
mana-mana Pegawai kastam;
mana-mana pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim
Malaysia; dan
mana-mana Pegawai Tenaga Kerja.
Menteri bolehlah, selepas berunding dengan mana-mana
Menteri berkaitan lain, melantik mana-mana pegawai awam sebagaimana yang difikirkan perlu sebagai pegawai penguat kuasa bagi maksud Akta ini dan pegawai awam itu yang dilantik sedemikian bolehlah menjalankan segala kuasa penguatkuasaan.
Tiap-tiap pelantikan di bawah subseksyen (1a) hendaklah disiarkan dalam Warta.
Seseorang pegawai penguat kuasa apabila bertindak terhadap mana-mana orang di bawah Akta ini, hendaklah menyatakan jawatannya dan hendaklah mengemukakan kepada orang yang terhadapnya dia bertindak apa-apa kad kuasa yang telah dikeluarkan kepadanya.
Bahagian VI