Skip to content

Seksyen 36

Timbang tara

of Akta Bekalan Elektrik 1990

ActIn forceProvision 37 of 57
Seksyen 36
(1)

Jika apa-apa perkara disifatkan patut oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 30 atau dikehendaki ditentukan melalui timbang tara di bawah Akta ini, perkara itu hendaklah ditentukan oleh suatu lembaga yang terdiri daripada satu atau tiga penimbang tara yang dipilih oleh pihak-pihak atau, jika mereka tidak dapat bersetuju, oleh Hakim Besar.

(2)

Setiap pihak hendaklah mempunyai kuasa untuk melantik seorang pengapit untuk bersidang dengan penimbang tara, tetapi hanya penimbang tara seorang sahaja hendaklah mempunyai kuasa memutuskan dan membuat suatu award. Jika lebih daripada satu penimbang tara dilantik, suatu majoriti di kalangan mereka boleh memutuskan dan membuat suatu award.

(3)

Timbang tara, hendaklah dijalankan di mana-mana tempat dalam Malaysia sebagaimana yang diputuskan oleh penimbang tara, dan hendaklah, tertakluk pada seksyen ini, dikawal oleh

Akta Timbang Tara 2005 [Akta 646].

(4)

Saraan penimbang tara yang dilantik oleh Hakim Besar mengikut seksyen ini hendaklah dipastikan oleh Hakim Besar dan saraan penimbang tara yang dipilih oleh pihak-pihak hendaklah dipastikan oleh mereka. Kos rujukan dan award itu hendaklah dibayar oleh pihak-pihak mengikut kadar yang diputuskan oleh penimbang tara:

Dengan syarat bahawa saraan dan elaun pengapit hendaklah dibayar oleh pihak yang bertentangan dengannya award itu dibuat.

Undang-Undang Malaysia 62

Akta 447