Akta Bekalan Elektrik 1990 · Updated to 1 Nov 2023 · Bahagian VIII · Siasatan dan Timbang Tara
35. Kuasa mengadakan siasatan
Feedback & supportBagi maksud mengadakan siasatan di bawah Akta ini,
Suruhanjaya atau orang yang dilantik oleh Menteri di bawah subseksyen 34(3), mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah
Bekalan Elektrik 61
mempunyai kuasa mengendalikan sumpah dan ikrar dan hendaklah terletak hak padanya kuasa majistret kelas pertama bagi memaksa kehadiran saksi, menjaga ketenteraman atau selainnya menjalankan dengan sempurna siasatan tersebut. Orang yang dipanggil menghadiri mana-mana siasatan adalah terikat di sisi undang-undang untuk hadir.