Akta Bekalan Elektrik (Pindaan) 2015 · As enacted
22. Pindaan seksyen 30
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Seksyen 30 Akta ibu dipinda—
dengan menggantikan subseksyen (1) dan (2) dengan subseksyen yang berikut:
“(1) Sesuatu pertikaian antara dua orang atau lebih berkenaan dengan apa-apa perkara di bawah seksyen 9e, 17, 24 hingga 29 dan 32 hendaklah terlebih dahulu cuba diselesaikan melalui perundingan antara pihak-pihak kepada pertikaian itu.
Jika pihak-pihak kepada pertikaian itu tidak dapat atau selainnya tidak mencapai suatu persetujuan untuk menyelesaikan pertikaian itu, pihak-pihak itu boleh mencari penyelesaian pertikaian itu melalui suatu jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Suruhanjaya untuk mendengar dan menyelesaikan pertikaian:
Dengan syarat bahawa dalam hal yang difikirkan patut oleh Suruhanjaya, pertikaian itu boleh ditentukan melalui timbang tara di bawah seksyen 36.”;
dalam subseksyen (4)—
dengan memasukkan selepas perkataan “seksyen”
perkataan “9e, 17,”; dan
dengan memasukkan selepas perkataan “29”
perkataan “dan 32”; dan
dalam subseksyen (5), dengan memotong perkataan
“atau penimbang tara, mengikut mana-mana yang berkenaan,”.
Bekalan Elektrik (Pindaan)