Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

24. Pindaan seksyen 32

Seksyen 32 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (1), dengan memasukkan selepas perkataan “pengguna” perkataan “, pemegang lesen atau

Pembeli Tunggal”;

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:

“(1a) Meter hendaklah dipasang, ditentu ukur, diuji, disahkan dan disenggarakan sebagaimana yang ditetapkan atau dengan mengikut mana-mana kod atau garis panduan yang dikeluarkan di bawah Akta ini, mengikut mana-mana yang berkenaan.”;

(c)

dalam subseksyen (2), dengan memasukkan selepas perkataan “pemegang lesen” perkataan “yang membekalkan elektrik”;

Bekalan Elektrik (Pindaan)

(d)

dalam subseksyen (3)—

(i)

dengan memasukkan selepas perkataan “pengguna”

perkataan “, pemegang lesen atau Pembeli

Tunggal”; dan

(ii)

dengan memasukkan selepas perkataan “oleh pemegang lesen” perkataan “yang membekalkan elektrik”;

(e)

dalam subseksyen (4)—

(i)

dengan memasukkan selepas perkataan “pengguna”

perkataan “, pemegang lesen atau Pembeli

Tunggal”; dan

(ii)

dengan memasukkan selepas perkataan “pemegang lesen” perkataan “yang membekalkan elektrik”;

dan

(f)

dalam subseksyen (5), dengan memasukkan selepas perkataan

“kegunaan sedemikian” perkataan “dan boleh termasuk meter prabayar, infrastruktur pemeteran, telepemeteran atau apa-apa cara pemeteran lain sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya”.

Report