Akta Bekalan Elektrik (Pindaan) 2015 · As enacted
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Seksyen 29 Akta ibu dipinda—
dalam subseksyen (1), dengan memasukkan selepas perkataan
“seseorang” perkataan “atau seseorang pemegang lesen”;
dan
dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:
“(4) Apa-apa perjanjian yang dibuat antara pemegang lesen di bawah subseksyen (1) hendaklah diluluskan oleh Suruhanjaya.”.