Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

26. Bahagian baru VIIa

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 33

Bahagian yang berikut:

“Bahagian VIIa

KESELAMATAN PEPASANGAN DAN KELENGKAPAN

Tanggungjawab pemegang lesen terhadap keselamatan 33a.  (1)  Seseorang pemegang lesen yang mengendalikan dan menyenggara apa-apa infrastruktur bekalan elektrik hendaklah mematuhi apa-apa peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, kod keselamatan infrastruktur elektrik, atau jika tiada apa-apa peraturan atau kod, dengan standard dan amalan penggunaan yang berhemat sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.

(2)

Seorang pemegang lesen hendaklah menyediakan suatu pelan pengurusan keselamatan yang memperkatakan perkara-perkara sebagaimana yang ditetapkan dalam kod keselamatan infrastruktur elektrik, atau jika tiada apa-apa kod, dengan standard dan amalan penggunaan yang berhemat sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.

(3)

Mana-mana pemegang lesen yang gagal menyediakan pelan pengurusan keselamatan yang disebut dalam subseksyen (2)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Tanggungjawab pemunya atau pengendali pepasangan elektrik bukan domestik, pemegang lesen bagi jualan dan pemegang lesen bagi pepasangan persendirian bagi keselamatan 33b.  (1)  Seseorang pemunya atau pengendali pepasangan elektrik bukan domestik yang berdaftar di bawah Akta ini, pemegang lesen bagi jualan dan pemegang lesen bagi pepasangan persendirian hendaklah mematuhi kod keselamatan pepasangan elektrik bukan domestik dan program pengurusan keselamatan, atau jika tiada apa-apa kod atau program itu, dengan standard dan amalan industri yang berhemat sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.

Bekalan Elektrik (Pindaan)

(2)

Seorang pemunya atau pengendali pepasangan elektrik bukan domestik yang berdaftar di bawah Akta ini, pemegang lesen bagi jualan dan pemegang lesen bagi pepasangan persendirian hendaklah menyediakan program pengurusan keselamatan dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang diarahkan oleh Suruhanjaya.

(3)

Program pengurusan keselamatan yang disebut dalam subseksyen (2) hendaklah memperuntukkan bagi perkara sebagaimana yang ditetapkan dalam kod keselamatan pepasangan elektrik bukan domestik, atau jika tiada apa-apa kod itu, dengan standard dan amalan industri yang berhemat sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.

(4)

Seorang pemunya atau pengendali pepasangan elektrik bukan domestik yang berdaftar di bawah Akta ini, pemegang lesen bagi jualan dan pemegang lesen bagi pepasangan persendirian yang gagal menyediakan program pengurusan keselamatan yang disebut dalam subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Menjalankan kerja elektrik 33c.  (1)  Seorang orang kompeten atau orang di bawah kawalan orang kompeten yang menjalankan kerja elektrik hendaklah memastikan bahawa kerja elektrik itu mematuhi apa-apa peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, kod keselamatan infrastruktur elektrik atau kod keselamatan pepasangan elektrik bukan domestik, mengikut mana-mana yang berkenaan, atau jika tiada apa-apa peraturan atau kod, dengan standard dan amalan industri yang berhemat sebagaimana ditentukan oleh

Suruhanjaya.

(2)

Orang yang menjalankan kerja elektrik di bawah subseksyen (1) hendaklah memastikan bahawa kerja itu tidak menyebabkan kecederaan berkaitan elektrik terhadap mana-mana orang atau kerosakan kepada apa-apa harta benda.

Tanggungjawab yang berhubungan dengan kerja selain kerja elektrik 33d.  (1)  Mana-mana orang yang menjalankan apa-apa pembinaan, pembangunan, pengubahsuaian atau kerja selain kerja elektrik berhampiran dengan pepasangan elektrik

Undang-Undang Malaysia 28

hendaklah memastikan bahawa kerja itu tidak menyebabkan gangguan kepada bekalan elektrik atau kecederaan berhubung elektrik kepada mana-mana orang atau kerosakan terhadap apa-apa harta benda.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda tidak melebihi lima ratus ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Pematuhan pemeriksaan 33e.  (1)  Suruhanjaya boleh, memeriksa atau menyebabkan supaya diperiksa suatu infrastruktur bekalan elektrik, pepasangan elektrik bukan domestik atau tempat perniagaan atau apa-apa aktiviti pengilang berdaftar atau pengimport atau suatu badan penilaian pematuhan berdaftar atau pusat latihan dan pemeriksaan berdaftar atau institusi untuk memastikan bahawa pemegang lesen, pemegang lesen bagi jualan dan pemegang lesen bagi pepasangan persendirian, pemunya atau pengendali pepasangan elektrik bukan domestik, pengilang berdaftar atau pengimport, atau badan penilaian pematuhan berdaftar atau pusat latihan dan pemeriksaan berdaftar atau institusi, mengikut mana-mana yang berkenaan, mematuhi

Akta ini, apa-apa peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, garis panduan, kod atau arahan yang dikeluarkan oleh

Suruhanjaya di bawah Akta ini, pelan pengurusan keselamatan dan program pengurusan keselamatan, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(2)

Suruhanjaya boleh memeriksa atau menyebabkan supaya diperiksa apa-apa kelengkapan, di mana-mana premis, bangunan, kemudahan termasuk kemudahan sementara dan kenderaan yang digunakan bagi penjualan atau tawaran bagi penjualan secara jualan untuk menentukan jika kelengkapan itu mematuhi standard sebagaimana yang ditentukan oleh

Suruhanjaya.

Bekalan Elektrik (Pindaan)

29

Tafsiran 33f. Bagi maksud Bahagian ini—

“kod keselamatan infrastruktur elektrik” ertinya sesuatu kod yang dibangunkan, dikeluarkan dan didaftarkan oleh

Suruhanjaya di bawah seksyen 50a mengenai kehendak keselamatan, standard keselamatan dan teknikal, pengendalian, penyenggaraan dan perlindungan sistem elektrik yang bersesuaian dan perkara berkaitan yang lain mengenai infrastruktur bekalan elektrik;

“kod keselamatan pepasangan elektrik bukan domestik”

ertinya sesuatu kod yang dibangunkan, dikeluarkan dan didaftarkan oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 50a mengenai kehendak keselamatan, standard keselamatan dan teknikal yang bersesuaian, pengendalian, penyenggaraan dan perlindungan sistem elektrik dan perkara berkaitan yang lain mengenai pepasangan elektrik bukan domestik;

“pelan pengurusan keselamatan” ertinya pelan pengurusan keselamatan, kebolehpercayaan, penyenggaraan dan teknikal berkenaan dengan infrastruktur bekalan elektrik;

“pemegang lesen” tidak termasuk pemegang lesen bagi jualan dan pemegang lesen bagi pepasangan persendirian;

“pemunya atau pengendali pepasangan elektrik bukan domestik” ertinya seseorang yang mempunyai, menggunakan, bekerja atau mengendalikan pepasangan elektrik bukan domestik;

“pepasangan elektrik bukan domestik” ertinya suatu set dawai dan lekapan, kelengkapan dan aksesori yang berkaitan yang dipasang di suatu tempat bagi membawa, mengawal atau menggunakan elektrik yang sedang, atau akan, atau telah, dibekalkan bagi penggunaan di tempat itu, tetapi tidak termasuk—

(a)

apa-apa infrastruktur bekalan elektrik yang dipunyai atau dikendalikan oleh seseorang pemegang lesen;

(b)

apa-apa dawai, lekapan, kelengkapan atau aksesori yang disambungkan kepada dan melampaui apa-apa aliran keluar elektrik di mana pendawaian tetap tamat, selain apa-apa aliran keluar yang digunakan untuk menyambungkan bahagian pendawaian tetap; atau

Undang-Undang Malaysia 30

(c)

premis kediaman persendirian;

“program pengurusan keselamatan” ertinya program pengurusan keselamatan, kebolehpercayaan, penyenggaraan dan teknikal berkenaan dengan pepasangan elektrik bukan domestik.”.

Report