Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

Amendment Act

Akta Bekalan Elektrik (Pindaan) 2015

Amends the Electricity Supply Act 1990

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Bekalan Elektrik

(Pindaan) 2015.

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta, dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa

Akta ini di bahagian-bahagian yang berlainan di Malaysia.

(3)

Akta ini hendaklah terpakai di seluruh Malaysia; walau bagaimanapun Menteri boleh, melalui perintah, menggantung penguatkuasaan keseluruhan atau mana-mana peruntukan Akta ini di mana-mana Negeri.

s 2Pindaan am

Akta Bekalan Elektrik 1990 [Akta 447], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dengan menggantikan perkataan

“adalah melakukan” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan

“melakukan”.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

AKTA BEKALAN ELEKTRIK (PINDAAN) 2015

Undang-Undang Malaysia 4

s 3Pindaan seksyen 2

Seksyen 2 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan memasukkan selepas takrif “elektrik” takrif yang berikut:

‘ “faktor kuasa” ertinya nisbah kuasa aktif pada kuasa ketara;’;

(b)

dengan memasukkan selepas takrif ‘“hidup” atau “bertenaga”’

takrif yang berikut:

‘ “ infrastruktur bekalan elektrik” ertinya—

(a)

stesen jana kuasa;

(b)

talian bekalan utama dan talian bekalan;

(c)

pencawang bagi penukaran, pengubahan atau pengawalan elektrik;

(d)

kelengkapan bagi pemeteran, pemantauan atau pengawalan elektrik; dan

(e)

apa-apa dawai, kelengkapan dan laluan termasuk terowong dan lubang atau lain-lain yang digunakan bagi, atau berkaitan dengan, penjanakuasaan, penghantaran, pengagihan atau pembekalan elektrik, pemegang lesen;’;

(c)

dengan memasukkan selepas takrif “jana kuasa” takrif yang berikut:

‘ “jualan” ertinya aktiviti membekal dan menjual elektrik kepada pengguna akhir;’;

(d)

dalam takrif “kelengkapan”—

(i)

dengan memotong koma selepas perkataan

“tenaga”;

Bekalan Elektrik (Pindaan)

(ii)

dengan memasukkan selepas perkataan “tenaga”

perkataan “atau komunikasi”; dan

(iii)

dengan memasukkan selepas perkataan “aksesori”

perkataan “, produk elektrik, kelengkapan elektrik pengguna”;

(e)

dengan memasukkan selepas takrif “kelengkapan” takrif yang berikut:

‘ “kelengkapan elektrik pengguna” ertinya suatu perkakas, produk, dawai, peranti, aksesori atau apa-apa bahagiannya, yang menggunakan elektrik bervoltan rendah yang—

(a)

dijual kepada orang awam; atau

(b)

tidak memerlukan kemahiran khusus dalam pengendaliannya;’;

(f)

dengan memasukkan selepas takrif “kelengkapan elektrik pengguna” takrif yang berikut:

‘ “kerja elektrik” ertinya apa-apa kerja yang dilaksanakan atau yang dijalankan pada suatu pepasangan elektrik dan termasuklah pemasangan, pembinaan, pendirian atau pembaikan, pengubahan struktur, penggantian mana-mana bahagiannya, penambahan apa-apa bahagian padanya atau penjalanan apa-apa kerja bagi maksud penyenggaraannya, tetapi tidak termasuk kerja berhubung dengan—

(a)

pengilangan suatu pepasangan elektrik atau pemasangan dalam proses, atau berkaitan dengan, pengilangannya bagi maksud menghasilkan barang baru; atau

(b)

peminyakan, penggrisan, pembersihan atau pengecatan suatu pepasangan elektrik;’;

(g)

dengan memasukkan selepas takrif “keselamatan diri”

takrif yang berikut:

‘ “Ketua Pegawai Eksekutif” ertinya Ketua Pegawai

Eksekutif Suruhanjaya;’;

Undang-Undang Malaysia 6

(h)

dengan memasukkan selepas takrif “Ketua Pegawai

Eksekutif” takrif yang berikut:

‘ “komunikasi” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588];’;

(i)

dengan memasukkan selepas takrif “konduktor” takrif yang berikut:

‘ “kualiti kuasa” ertinya ciri-ciri elektrik pada titik yang diberikan pada suatu sistem elektrik, yang dinilaikan dengan membandingkannya dengan suatu set parameter rujukan teknikal seperti magnitud voltan dan arus, frekuensi atau bentuk gelombang;’;

(j)

dengan memasukkan selepas takrif “mati” takrif yang berikut:

‘ “mengasingkan” ertinya mengenal pasti dan memencilkan aktiviti, aset, kos, hasil dan obligasi perkhidmatan Pengendali Sistem atau Pembeli Tunggal daripada pemegang lesen yang disebut masing-masing dalam seksyen 22a dan 22b melalui pemisahan perakaunan, kewangan atau perundangan atau cara lain sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya untuk memastikan pengurusan Pengendali Sistem atau Pembeli Tunggal boleh bertindak secara bebas daripada aktiviti di bawah lesen pemegang lesen dan untuk memudahkan persaingan yang berkesan dan meningkatkan ketelusan dalam pengendalian sistem kuasa;’;

(k)

dengan memasukkan selepas takrif “Menteri” takrif yang berikut:

‘ “meter” ertinya apa-apa perkakas, alat, kelengkapan atau peranti yang digunakan bagi maksud mengukur dan merekodkan jumlah tenaga elektrik atau permintaan maksimum atau faktor kuasa atau mana-mana gabungannya;’;

(l)

dengan memasukkan selepas takrif “pegawai diberi kuasa”

takrif yang berikut:

‘ “Pembeli Tunggal” ertinya mana-mana orang atau sesuatu unit, jabatan atau bahagian yang membentuk sebahagian daripada pemegang lesen yang diberi kuasa di bawah subseksyen 22b(1) bertanggungjawab bagi

Bekalan Elektrik (Pindaan)

7

pengurusan pemerolehan elektrik dan perkhidmatan yang berkaitan, yang termasuklah perancangan, penjadualan, pemerolehan dan penyelesaian, dan apa-apa fungsi lain sebagaimana yang ditetapkan;’;

(m)

dengan memasukkan selepas takrif “penebat” takrif yang berikut:

‘ “Pengendali Sistem” ertinya mana-mana orang atau sesuatu unit, jabatan atau bahagian yang membentuk sebahagian daripada pemegang lesen yang diberi kuasa di bawah subseksyen 22a(1) bertanggungjawab bagi jaminan sistem, perancangan pengendalian, penghantaran unit jana kuasa, pengendalian masa nyata dan pengawalan sistem kuasa dan apa-apa fungsi lain sebagaimana yang ditetapkan;’;

(n)

dalam takrif “pepasangan”, dengan memasukkan selepas perkataan “talian bekalan” perkataan “, infrastruktur bekalan elektrik, pepasangan elektrik domestik dan bukan domestik”;

(o)

dengan memasukkan selepas takrif “pihak pengurusan”

takrif yang berikut:

‘ “produk elektrik” ertinya apa-apa kelengkapan, peranti atau perkakas selain kelengkapan elektrik pengguna;’;

(p)

dengan memasukkan selepas takrif “produk elektrik” takrif yang berikut:

‘ “rangkaian pengagihan elektrik” ertinya sesuatu sistem atau sebahagian daripada sesuatu sistem pada voltan nominal di bawah 66 kilovolt pada talian atau kabel elektrik, pencawang dan kelengkapan dan bangunan yang berkaitan bagi pengagihan elektrik tanpa mengira sama ada loji jana kuasa bersambung dengan sistem itu;’;

(q)

dengan memasukkan selepas takrif “rangkaian pengagihan elektrik” takrif yang berikut:

‘ “rangkaian penghantaran elektrik” ertinya sesuatu sistem atau sebahagian daripada sesuatu sistem pada voltan nominal 66 kilovolt dan ke atas pada talian

Undang-Undang Malaysia 8

bekalan utama atau kabel, pencawang dan kelengkapan dan bangunan yang berkaitan yang digunakan bagi menyalurkan elektrik—

(a)

dari suatu stesen jana kuasa ke suatu pencawang;

(b)

dari satu stesen jana kuasa ke stesen jana kuasa yang lain;

(c)

dari satu pencawang ke pencawang yang lain;

(d)

ke atau dari mana-mana titik saling hubungan;

atau

(e)

ke pengguna akhir;’;

(r)

dengan memasukkan selepas takrif “sistem” takrif yang berikut:

‘ “sistem kuasa” ertinya sesuatu sistem gabungan yang terdiri daripada suatu rangkaian penghantaran elektrik, rangkaian pengagihan elektrik dan stesen jana kuasa yang bersambung dengan rangkaian penghantaran elektrik itu dan termasuklah sebahagian daripada sistem itu;’;

(s)

dengan memotong takrif “voltan amat tinggi”; dan

(t)

dengan memotong takrif “voltan tinggi”.

s 4Pindaan seksyen 4

Seksyen 4 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam perenggan (b), dengan memasukkan selepas perkataan

“menentukan” perkataan “standard pembekalan dan perkhidmatan,”;

(b)

dalam perenggan (d)—

(i)

dengan menggantikan perkataan “untuk memajukan kepentingan pengguna elektrik yang dibekalkan oleh pemegang lesen berkenaan dengan—”

dengan perkataan “untuk menjalankan fungsi pengawalseliaan berkenaan dengan kepentingan pengguna dan penguatkuasaan berkenaan dengan—”;

Bekalan Elektrik (Pindaan)

(ii)

dalam subperenggan (ii), dengan memotong perkataan “dan” di hujung subperenggan itu;

(iii)

dalam subperenggan (iii), dengan memasukkan perkataan “dan” di hujung subperenggan itu;

dan

(iv)

dengan memasukkan selepas subperenggan (iii)

subperenggan yang berikut:

“(iv) kualiti bekalan elektrik yang termasuklah kebolehpercayaan dan kualiti kuasa;”;

(c)

dengan memasukkan selepas perenggan (e) perenggan yang berikut:

“(ea) untuk mengawal selia aktiviti pemegang lesen supaya semua permintaan yang munasabah bagi elektrik dipenuhi;”;

(d)

dalam perenggan (f) dalam teks bahasa Inggeris, dengan menggantikan perkataan “secure” dengan perkataan

“ensure”;

(e)

dengan memasukkan selepas perenggan (g) perenggan yang berikut:

“(ga) untuk menggalakkan pembangunan dan penyenggaraan sistem yang selamat dan berkesan bagi penjanakuasaan, penghantaran, pengagihan dan pembekalan elektrik kepada pengguna dan penambahbaikan kehendak keselamatan yang berterusan;

(gb)

untuk menguatkuasakan standard bagi pepasangan elektrik dan infrastruktur bekalan elektrik pemegang lesen, produk elektrik dan kelengkapan elektrik pengguna;”;

(f)

dengan menggantikan perenggan (k) dengan perenggan yang berikut:

“(k) untuk mengadakan peruntukan, jika perlu, bagi pendaftaran apa-apa pepasangan, orang yang memberikan perkhidmatan yang berhubungan dengan penggunaan elektrik dengan cekap, unit

Undang-Undang Malaysia 10

pendawaian persendirian, kontraktor elektrik, kontraktor perkhidmatan elektrik, kontraktor pembaikan elektrik, pengilang dan pengimport, pusat atau institusi latihan dan peperiksaan, badan penilaian pematuhan dan mana-mana orang yang kompeten, sebagaimana yang ditetapkan;”;

(g)

dalam perenggan (la), dengan memotong perkataan “dan”

di hujung perenggan itu; dan

(h)

dengan memasukkan selepas perenggan (la) perenggan yang berikut:

“(lb) untuk mengkaji semula atau mengaudit apa-apa maklumat yang dikehendaki untuk diberikan oleh pemegang lesen kepada Suruhanjaya;

(lc)

untuk mengaudit atau menyebabkan supaya diaudit aktiviti mana-mana pemegang lesen atau mana-mana orang yang ditentukan oleh

Suruhanjaya; dan”.

s 5Penggantian seksyen 4a

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 4a dengan seksyen yang berikut:

“Pegawai diberi kuasa 4a.  (1)  Menteri boleh secara bertulis memberi mana-mana pegawai awam atau pegawai Suruhanjaya kuasa untuk menjalankan kuasa penguatkuasaan di bawah Akta ini.

(2)

Mana-mana pegawai itu hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan

[Akta 574].

(3)

Dalam menjalankan mana-mana kuasa penguatkuasaan di bawah Akta ini, seseorang pegawai diberi kuasa hendaklah, apabila diminta, mengemukakan kepada orang yang terhadapnya dia bertindak kuasa yang dikeluarkan kepadanya oleh

Menteri.”.

Bekalan Elektrik (Pindaan)

s 6Seksyen baru 5a dan 5b

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 5

seksyen yang berikut:

“Kos memegang benda yang disita 5a. Jika apa-apa kelengkapan, alat, bahan, buku, rekod, akaun, dokumen, barang atau benda yang disita di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya dipegang dalam jagaan

Kerajaan atau Suruhanjaya sementara menunggu penyelesaian apa-apa prosiding berkenaan dengan suatu kesalahan di bawah

Akta ini atau perundangan subsidiarinya, kos bagi memegang kelengkapan, alat, bahan, buku, rekod, akaun, dokumen, barang atau benda itu dalam jagaan hendaklah, sekiranya mana-mana orang didapati telah melakukan suatu kesalahan, menjadi hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan atau

Suruhanjaya, mengikut mana-mana yang berkenaan, oleh orang itu dan hendaklah didapatkan dengan sewajarnya.

Pelepasan benda yang disita 5b. (1) Jika apa-apa kelengkapan, alat, bahan, buku, rekod, akaun, dokumen, barang atau benda telah disita di bawah

Akta ini, pegawai diberi kuasa yang membuat penyitaan itu boleh, pada bila-bila masa selepas itu, dengan keizinan

Pendakwa Raya, melepaskan kelengkapan, alat, bahan, buku, rekod, akaun, dokumen, barang atau benda itu kepada orang yang diputuskan olehnya sebagai berhak secara sah kepada kelengkapan, alat, bahan, buku, rekod, akaun, dokumen, barang atau benda itu jika dia berpuas hati bahawa kelengkapan, alat, bahan, buku, rekod, akaun, dokumen, barang atau benda itu tidak dikehendaki selainnya bagi maksud apa-apa prosiding di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya, atau bagi maksud apa-apa pendakwaan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain, dan dalam hal ini, pegawai yang membuat penyitaan itu atau Kerajaan, Suruhanjaya atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Kerajaan atau Suruhanjaya tidak boleh bertanggungan bagi apa-apa prosiding oleh mana-mana orang jika penyitaan dan pelepasan kelengkapan, alat, bahan, buku, rekod, akaun, dokumen, barang atau benda itu telah dibuat dengan suci hati.

Undang-Undang Malaysia 12

(2)

Suatu rekod secara bertulis hendaklah dibuat oleh pegawai diberi kuasa yang membuat pelepasan apa-apa benda di bawah subseksyen (1) yang menyatakan secara terperinci hal keadaan dan sebab bagi pelepasan itu dan menghantar salinan rekod itu kepada Pendakwa Raya.”.

s 7Pindaan seksyen 7

Akta ibu dipinda dengan memotong seksyen 7.

s 8Pindaan seksyen 8

Seksyen 8 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan memotong perkataan “atau” di hujung perenggan

(c)

;

(b)

dengan memasukkan selepas perenggan (c) perenggan yang berikut:

“(ca) enggan untuk memberi mana-mana pegawai

Suruhanjaya apa-apa maklumat yang dengan munasabahnya mungkin dikehendaki daripadanya dan yang ada dalam pengetahuannya atau yang dia mempunyai kuasa untuk memberikan berhubung dengan apa-apa perkara di bawah fungsi, tugas dan kuasa Suruhanjaya di bawah seksyen 4; atau”;

(c)

dengan menggantikan perkataan “lima ribu” dengan perkataan “lima puluh ribu”; dan

(d)

dengan menggantikan perkataan “dua tahun” dengan perkataan “tiga tahun”.

s 9Pindaan seksyen 9

Seksyen 9 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (1)—

(i)

dengan menggantikan perkataan “Tertakluk kepada apa-apa pengecualian yang” dengan perkataan

“Tertakluk kepada apa-apa pengecualian yang diberikan di bawah Akta ini”; dan

Bekalan Elektrik (Pindaan)

(ii)

dalam teks bahasa kebangsaan, dengan menggantikan perkataan “mengikut terma sesuatu lesen yang membenarkan dengan nyata”

dengan perkataan “mengikut terma dan syarat sesuatu lesen sebagaimana yang ditetapkan yang membenarkan”;

(b)

dalam subseksyen (2), dengan memasukkan sebelum perkataan “syarat” perkataan “terma dan”;

(c)

dengan memasukkan selepas subseksyen (2a) subseksyen yang berikut:

“(2b)  Walau apa pun subseksyen (2), Suruhanjaya boleh memberikan suatu lesen apabila fi dibayar dan atas apa-apa syarat sebagaimana yang ternyata dikehendaki atau suai manfaat memandangkan tugas yang dikenakan oleh seksyen 4 berkenaan dengan apa-apa pepasangan yang ditetapkan.

(2c)

Suruhanjaya boleh, dari semasa ke semasa, mengeluarkan kod, garis panduan atau arahan berkenaan dengan apa-apa pepasangan.”; dan

(d)

dengan memasukkan selepas subseksyen (6) subseksyen yang berikut:

“(7)  Suruhanjaya boleh, dengan kelulusan Menteri, pada bila-bila masa—

(a)

mengenakan apa-apa terma atau syarat tambahan ke atas lesen, termasuk lesen sedia ada; atau

(b)

meminda apa-apa terma atau syarat yang dikenakan ke atas lesen itu, mengikut tatacara sebagaimana yang boleh ditetapkan.”.

s 10Seksyen baru 9a, 9b, 9c, 9d dan 9e

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 9

seksyen yang berikut:

“Obligasi untuk mengemukakan pelan perniagaan 9a.  (1)  Suruhanjaya boleh meminta mana-mana pemegang lesen untuk mengemukakan rancangan perniagaan boleh pinda lima tahun, atau apa-apa tempoh lain sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya, yang dikemaskinikan atas

Undang-Undang Malaysia 14

asas tahunan atau apa-apa tempoh masa lain sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya mengikut tatacara yang diperuntukkan dalam garis panduan yang dikeluarkan oleh

Suruhanjaya.

(2)

Mana-mana pemegang lesen yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan.

Kehendak bagi pelesenan 9b.  (1)  Walau apa pun mana-mana peruntukan lain Akta ini, jika pada bila-bila masa ternyata pada Suruhanjaya bahawa seorang pemegang lesen tidak mematuhi apa-apa kehendak atau memenuhi apa-apa kewajipan atau obligasinya di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya atau syarat lesen, Suruhanjaya boleh menghendaki pemegang lesen itu untuk membetulkan ketidakpatuhan itu atau untuk mematuhi kehendak, kewajipan atau obligasi atau syarat lesen itu dalam tempoh yang dinyatakan.

(2)

Pemegang lesen yang disebut dalam subseksyen (1)

hendaklah mengambil segala langkah yang munasabah untuk mematuhi dan mengemukakan laporan pematuhan berkala tentang langkah yang diambil sehingga memuaskan hati

Suruhanjaya.

(3)

Mana-mana pemegang lesen yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan.

Standard prestasi pembekalan dan perkhidmatan oleh pemegang lesen 9c.  (1)  Suruhanjaya boleh, dari semasa ke semasa, mengeluarkan kod, garis panduan atau arahan mengenai apa-apa standard prestasi pembekalan dan perkhidmatan untuk dilaksanakan oleh pemegang lesen termasuk tatacara bagi—

(a)

memenuhi dengan munasabah kehendak pengguna;

(b)

pengendalian aduan dan pertikaian pengguna;

(c)

tatacara bagi pampasan pengguna dalam hal pelanggaran standard prestasi atau pelanggaran mana-mana obligasi pemegang lesen di bawah Akta; dan

(d)

perlindungan maklumat pengguna.

Bekalan Elektrik (Pindaan)

(2)

Apa-apa tindakan yang diambil oleh Suruhanjaya menurut seksyen ini berkenaan dengan apa-apa kegagalan oleh mana-mana pemegang lesen untuk memenuhi standard yang disebut dalam subseksyen (1), tidak boleh menjejaskan atau menyentuh apa-apa remedi lain yang mungkin ada berkenaan dengan tindakan atau peninggalan oleh pemegang lesen yang menjadi kegagalan itu di bawah mana-mana undang-undang lain, termasuk Akta Perlindungan Pengguna 1999 [Akta 599].

(3)

Suruhanjaya boleh mengarahkan pemegang lesen untuk menyediakan apa-apa maklumat tentang tahap prestasi yang dicapai dan perkhidmatan yang disediakan berkenaan dengan standard yang disebut dalam subseksyen (1) kepada pengguna atau bakal pengguna.

(4)

Pemegang lesen hendaklah menyiarkan standard perkhidmatan penggunanya sendiri mengikut kod, garis panduan atau arahan yang disebut dalam subseksyen (1).

(5)

Mana-mana pemegang lesen yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan.

Akaun tahunan yang sepatutnya oleh pemegang lesen 9d.  (1)  Pemegang lesen hendaklah menyimpan dan menyenggara akaun aktiviti tahunan yang sepatutnya di bawah lesen yang mengandungi butir-butir yang mencukupi sebagaimana yang dikehendaki mengenai apa-apa hasil, kos, aset, liabiliti, rizab atau apa-apa perkara lain yang berkaitan.

(2)

Akaun itu hendaklah juga mengikut apa-apa garis panduan atau arahan sebagaimana yang dikeluarkan oleh

Suruhanjaya, dari semasa ke semasa kepada pemegang lesen dan akaun itu hendaklah dikemukakan kepada Suruhanjaya dengan sewajarnya.

Perkiraan bagi perolehan elektrik 9e. Dalam menjalankan fungsinya di bawah perenggan 4(d), apa-apa perkiraan oleh pemegang lesen atau Pembeli Tunggal bagi perolehan elektrik melalui rangkaian penghantaran elektrik, hendaklah tertakluk kepada kelulusan Suruhanjaya.”.

Undang-Undang Malaysia 16

s 11Pindaan seksyen 12

Seksyen 12 Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:

“(1)  Tertakluk kepada kelulusan Pihak Berkuasa Negeri dan atas apa-apa syarat sebagaimana yang disifatkan wajar oleh

Pihak Berkuasa Negeri, sesuatu lesen boleh meliputi untuk membenarkan pemegang lesen meletakkan, menempatkan atau membawa, di atas, di bawah atau melewati tanah Negeri, talian bekalan itu dan mendirikan dan menyenggarakan di dalam atau di atas tanah Negeri apa-apa tiang dan kelengkapan lain sebagaimana yang didapati perlu atau patut oleh Suruhanjaya bagi maksud pepasangan berlesen.”.

s 12Pindaan seksyen 17

Seksyen 17 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:

“(4)  Tanpa menjejaskan subseksyen (3), pemegang lesen hendaklah membetulkan dan membaiki apa-apa kerosakan untuk memastikan keberterusan pembekalan elektrik dan, jika berkenaan, membayar pampasan bagi apa-apa kerosakan dalam tempoh sebagaimana yang diarahkan oleh Suruhanjaya jika ditunjukkan bahawa kerosakan itu adalah akibat daripada kecuaian pemegang lesen, ejen atau pekerjanya, mengikut mana-mana yang berkenaan.”.

s 13Pindaan seksyen 21

Seksyen 21 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:

“(1)  Sebelum siapnya sesuatu pepasangan baru, selain pepasangan yang dipunyai oleh pihak berkuasa bekalan atau pepasangan yang dikendalikan atau dipunyai oleh pemegang lesen, pemunya pepasangan hendaklah mengemukakan, dengan pendua, kepada

Suruhanjaya, suatu permohonan bagi pendaftaran dalam bentuk yang ditetapkan.

Bekalan Elektrik (Pindaan)

(1a)

Suruhanjaya hendaklah menyebabkan pemeriksaan dan ujian dibuat dalam tempoh yang ditetapkan dan, jika pepasangan itu memuaskan kehendak Akta ini, hendaklah mengeluarkan atau menyebabkan supaya dikeluarkan Perakuan Pendaftaran dalam bentuk yang ditetapkan.”; dan

(b)

dalam subseksyen (2), dengan memasukkan selepas perkataan “pepasangan,” perkataan “selain suatu pepasangan yang dikecualikan di bawah subseksyen (1)”.

s 14Seksyen baru 22a dan 22b

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 22

seksyen yang berikut:

“Pengendali Sistem 22a.  (1)  Menteri boleh, atas syor Suruhanjaya, memberi kuasa atau membatalkan pemberian kuasa mana-mana orang atau sesuatu unit, jabatan atau bahagian yang menjadi sebahagian daripada pemegang lesen untuk menjadi Pengendali Sistem melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.

(2)

Pengendali Sistem hendaklah mematuhi apa-apa peraturan, kod, garis panduan atau arahan berkaitan dengan fungsinya sebagaimana yang dikeluarkan oleh Menteri atau

Suruhanjaya, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah

Akta ini.

(3)

Pengendali Sistem, semasa menunaikan fungsinya di bawah Akta ini, hendaklah memastikan kelakuan tidak berdiskriminasi dan pengendalian optimum sistem kuasa itu setakat yang ia tidak menjejaskan kebolehpercayaan, keterjaminan dan keselamatan sistem kuasa itu.

(4)

Suruhanjaya boleh, dari semasa ke semasa, mengeluarkan kod, garis panduan atau arahan untuk mengasingkan Pengendali

Sistem daripada aktiviti di bawah lesen pemegang lesen itu yang tidak berkaitan dengan fungsinya sebagai Pengendali

Sistem.

Pembeli Tunggal 22b.  (1)  Menteri boleh, atas syor Suruhanjaya, memberi kuasa atau membatalkan pemberian kuasa mana-mana orang atau

Undang-Undang Malaysia 18

sesuatu unit, jabatan atau bahagian yang menjadi sebahagian daripada pemegang lesen untuk menjadi Pembeli Tunggal melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.

(2)

Pembeli Tunggal hendaklah mematuhi apa-apa peraturan, kod, garis panduan atau arahan berkaitan dengan fungsinya sebagaimana yang dikeluarkan oleh Menteri atau Suruhanjaya, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah Akta ini.

(3)

Pembeli Tunggal, semasa menunaikan fungsinya di bawah Akta ini, hendaklah memastikan kelakuan tidak berdiskriminasi dan pengendalian optimum sistem kuasa itu setakat yang ia tidak menjejaskan kebolehpercayaan, keterjaminan dan keselamatan sistem kuasa itu.

(4)

Suruhanjaya boleh, dari semasa ke semasa, mengeluarkan kod, garis panduan atau arahan untuk mengasingkan Pembeli

Tunggal daripada aktiviti di bawah lesen pemegang lesen itu yang tidak berkaitan dengan fungsinya sebagai Pembeli

Tunggal.”.

s 15Seksyen baru 23d

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 23c seksyen yang berikut:

“Pendaftaran orang yang memberikan perkhidmatan yang berhubungan dengan penggunaan elektrik dengan cekap 23d.

Tiada seorang pun boleh memberikan apa-apa perkhidmatan yang berhubungan dengan penggunaan elektrik dengan cekap melainkan berdaftar di bawah Akta ini.”.

s 16Pindaan seksyen 24

Seksyen 24 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (5) subseksyen yang berikut:

“(6)  Mana-mana orang yang dengan menyalahi undang-undang—

(a)

menghalang, mencegah atau menggalang pembekalan elektrik daripada diberikan oleh pemegang lesen kepada pengguna;

Bekalan Elektrik (Pindaan)

(b)

menghalang, mencegah atau menggalang pembekalan elektrik kepada mana-mana pengguna daripada dipotong oleh pemegang lesen mengikut Akta ini; atau

(c)

menyebabkan pembekalan elektrik kepada mana-mana pengguna dipotong, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.”.

s 17Pindaan seksyen 25

Seksyen 25 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan memasukkan selepas perenggan (a) perenggan yang berikut:

“(aa) premis itu, iaitu suatu premis komersial atau perindustrian—

(i)

terletak di atas tanah tanpa mendapat keizinan pemilik tanah;

(ii)

tidak diluluskan menurut atau melanggar peruntukan Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171] dan Akta Perancangan

Bandar dan Desa 1976 [Akta 172];

atau

(iii)

bertentangan dengan mana-mana undang-undang bertulis yang lain; dan

(b)

dengan menggantikan perenggan (b) dengan perenggan yang berikut:

“(b) dia terhalang daripada melakukan sedemikian oleh kerosakan atau kegagalan apa-apa infrastruktur bekalan elektrik, sistem elektrik, kelengkapan atau pepasangan yang di luar kawalannya, atau akibat daripada kebakaran, banjir, tanah runtuh, letupan, kemalangan, kekacauan perindustrian di peringkat negara, darurat, rusuhan, kekacauan awam atau peperangan, atau apa-apa kejadian serupa yang lain yang bukan dalam kawalan pemegang lesen.”.

Undang-Undang Malaysia 20

s 18Penggantian seksyen 26

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 26 dengan seksyen yang berikut:

s 26“Kuasa untuk menetapkan tarif dan caj

(1)

Suruhanjaya boleh menentukan tarif dan caj untuk dilevikan, dengan kelulusan Menteri, oleh seseorang pemegang lesen.

(2)

Suruhanjaya boleh, dari semasa ke semasa, mengeluarkan garis panduan mengenai tarif dan caj termasuk—

(a)

perkaedahan, prinsip, kategori dan reka bentuk tarif dan caj;

(b)

tempoh bagi pengenaan tarif dan caj dan bagi kajian semula tarif dan caj; dan

(c)

pengemukaan apa-apa maklumat sebagaimana yang dikehendaki dan difikirkan perlu oleh Suruhanjaya.

(3)

Pemegang lesen hendaklah mengemukakan suatu cadangan mengenai tarif dan caj kepada Suruhanjaya mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah subseksyen (2).

(4)

Tarif dan caj yang diluluskan hendaklah disiarkan oleh pemegang lesen mengikut apa-apa cara sebagaimana yang

Suruhanjaya berpendapat dapat memastikan publisiti yang mencukupi bagi tarif itu.

(5)

Tarif dan caj yang diluluskan di bawah subseksyen (1)

boleh termasuk tetapi tidak terhad kepada—

(a)

suatu caj tetap sebagai tambahan kepada caj bagi elektrik yang sebenarnya dibekalkan;

(b)

suatu caj berkenaan dengan ketersediaan bekalan elektrik dan caj itu boleh berubah mengikut takat pembekalan;

(c)

suatu caj sewa atau caj lain berkenaan dengan mana-mana meter elektrik atau loji atau kelengkapan elektrik yang disediakan oleh pemegang lesen;

Bekalan Elektrik (Pindaan)

(d)

suatu kadar atau kuantum diskaun atau premium daripada tarif yang diluluskan berkenaan dengan jenis pengguna tertentu atau maksud awam sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri; dan

(e)

suatu kadar atau kuantum bayaran, caj atau levi bagi apa-apa jumlah wang menurut mana-mana undang-undang bertulis yang lain atau mana-mana garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya.

(6)

Dalam melevikan tarif dan caj menurut subseksyen (1)

dan dalam membuat perjanjian khas di bawah seksyen 29, seseorang pemegang lesen tidak boleh menunjukkan keutamaan tidak wajar atau diskriminasi di kalangan pengguna atau orang yang berada di tempat yang sama dengan mengambil kira tempat dan masa pembekalan, kuantiti elektrik yang dibekalkan, beban pengguna dan faktor kuasa, dan maksud yang baginya bekalan itu diambil.”.

s 19Pindaan seksyen 27

Subseksyen 27(1) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “dilakukan dengan munasabah” perkataan

“sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya”.

s 20Seksyen baru 28b

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 28a seksyen yang berikut:

“Perjanjian pembekalan dengan pengguna 28b.  (1)  Seseorang yang memohon pembekalan elektrik daripada seseorang pemegang lesen selepas tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah membuat suatu perjanjian dengan pemegang lesen itu bagi pembekalan elektrik atas terma dan syarat sebagaimana yang dinyatakan dalam perjanjian itu sebelum elektrik dibekalkan.

(2)

Suatu perjanjian yang disebut dalam subseksyen (1)

hendaklah dalam bentuk dan dengan kandungan sebagaimana yang diluluskan oleh Suruhanjaya.”.

Undang-Undang Malaysia 22

s 21Pindaan seksyen 29

Seksyen 29 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (1), dengan memasukkan selepas perkataan

“seseorang” perkataan “atau seseorang pemegang lesen”;

dan

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:

“(4)  Apa-apa perjanjian yang dibuat antara pemegang lesen di bawah subseksyen (1) hendaklah diluluskan oleh Suruhanjaya.”.