Contents
Akta Bekalan Elektrik (Pindaan) 2015 · As enacted
5. Penggantian seksyen 4a
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 4a dengan seksyen yang berikut:
“Pegawai diberi kuasa 4a. (1) Menteri boleh secara bertulis memberi mana-mana pegawai awam atau pegawai Suruhanjaya kuasa untuk menjalankan kuasa penguatkuasaan di bawah Akta ini.
(2)
Mana-mana pegawai itu hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan
[Akta 574].
(3)
Dalam menjalankan mana-mana kuasa penguatkuasaan di bawah Akta ini, seseorang pegawai diberi kuasa hendaklah, apabila diminta, mengemukakan kepada orang yang terhadapnya dia bertindak kuasa yang dikeluarkan kepadanya oleh
Menteri.”.
Bekalan Elektrik (Pindaan)