Seksyen 41
of Akta Cukai Pelancongan 2017
Seksyen 41
Tiada seorang pun boleh memungut daripada mana-mana orang apa-apa jumlah wang bagi maksud membayar cukai pelancongan yang dikenakan dan dilevikan di bawah Akta ini berkenaan dengan apa-apa penginapan yang disediakan olehnya atau bagi pihaknya atau mana-mana penginapan yang disediakan melalui perkhidmatan yang berhubungan dengan tempahan premis penginapan dalam talian melainkan jika dia bertanggungan di bawah
Akta ini untuk memungut cukai pelancongan itu.
(2)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.